Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bola sepak jadi wadah pulih trauma remaja Gaza yang kudung kaki ditembak Israel

 Apakah anda masih ingat belia Gaza dalam foto ini?

Anggaran Waktu Membaca:
Bola sepak jadi wadah pulih trauma remaja Gaza yang kudung kaki ditembak Israel

Lebih 6,500 orang ditembak askar Israel sepanjang setahun belangsungnya tunjuk perasaan mingguan di sempadan Gaza. (Gambar: AFP/SAID KHATIB)

Diterbitkan : 13 Apr 2019 05:56PM Dikemas Kini : 14 Apr 2019 12:12AM

GAZA: Apakah anda masih ingat belia Gaza dalam foto ini?

Namanya adalah Abdel Rahman Nofel, remaja berusia 12 tahun yang amat gemar bola sepak dan ingin menjadi seorang striker.

Ketika ditembak tentera Israel di bahagian kaki dekat sempadan Gaza, impiannya untuk bermain bola sepak seakan-akan musnah.

Namun Nofel kini kelihatan gembira dapat kembali bermain bola sepak di padang, dengan kaki palsunya.

Dia adalah antara puluhan pemain yang sedang berlatih bagi perlawanan bola sepak khas untuk pemain yang kodong kaki mereka. Perlawanan itu dianjurkan buat julung-julung kalinya di Gaza.

Menurut perangkaan pihak Palestin, lebih 6,500 orang ditembak askar Israel sepanjang setahun belangsungnya tunjuk perasaan mingguan di sempadan Gaza.

Lebih 125 daripada mereka kehilangan kaki mereka, manakala ramai lagi yang menjadi kurang upaya.

Nofel, yang merupakan anggota paling muda dalam pasukan bola sepaknya, ditembak ketika bermain bola sepak dekat kawasan di mana penunjuk perasaan sedang bertempur dengan askar Israel.

Dia dipindahkan ke Tebing Barat bagi rawatan dan kemudian dipasang kaki palsu.

"Saya timbuskan cita-cita untuk bermain bola sepak lagi," kata beliau.

Namun, ayahnya kemudian menerima panggilan telefon oleh salah seorang anggota pasukan yang memberitahu adanya perlawanan khas bagi pemain yang kodong kaki.

Ketua Persekutuan Bola Sepak Eropah bagi Pemain Kaki Kodong,Simon Baker, yang melawat Gaza untuk melatih enam pasukan bagi perlawanan pada Sabtu, berkata beliau berhasrat untuk mengetepikan politik dalam menjalankan tugasannya itu.

Encik Baker, sendiri kehilangan sebelah kakinya dalam satu kemalangan di tapak binan. Bergiat dalam sukan kata beliau boleh membantu seseorang pulih dari trauma.

"Sebarang jenis sukan... adalah cara baik untuk pulih dan membantu seseorang kembali kepada masyarakat (seperti sedia kala)," kata beliau kepada AFP.

"Hanya sebab anda kehilangan sebelah kaki, tidak bermakna anda kurang upaya, tidak bermakna anda tidak berguna."

Menurut pihak berkuasa pasukan perlawanan itu dibelenggu masalah kekurangan sumber, termasuk tongkat bermutu tinggi dan kemudahan padang sukan di Gaza.

Namun, kapten pasukan Naji Naji, 27 tahun, yang cedera semasa pertempuran 2007, berkata jumlah penyertaan sudah bertambah dari setakat beberapa pemain kini menjadi enam pasukan di merata Gaza.

"Kita sedang membina keajaiban," kata beliau.

Sumber : AFP/TQ/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan