Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Betulkah yong tau foo makanan sihat? Ini cara pilih bahan yang betul

Ia bergantung kepada bagaimana anda memilih bahan-bahan dalam yong tau foo yang dihidangkan kepada anda.

Anggaran Waktu Membaca:
Betulkah yong tau foo makanan sihat? Ini cara pilih bahan yang betul

Yong Tau Foo. (Gambar: Chern Ling)

Diterbitkan : 12 Mar 2021 10:39PM Dikemas Kini : 12 Mar 2021 11:02PM

SINGAPURA: Yong tau foo adalah salah satu makanan yang digemari ramai orang.

Manakan tidak, bermacam-macam jenis bahan yang boleh dipilih - daging, ayam, tahu, sayur-sayuran.

Dimakan pula dengan sos atau sup yang dihidangkan panas-panas.

Malah, sebahagian daripada kita mungkin berasa yong tau foo adalah antara pilihan hidangan sihat berbanding kebanyakan makanan lain, khususnya jika seseorang itu sedang diet.

Namun, tahukah anda itu tidak semestinya betul?

Ia bergantung kepada bagaimana anda memilih bahan-bahan dalam yong tau foo yang dihidangkan kepada anda.

Memilih apa sahaja bahan sesuka hati untuk dimasukkan ke dalam mangkuk anda, boleh menyebabkan kadar kalori yang berlebihan.

Jika anda tidak boleh hidup tanpa karbohidrat, apakah pilihan yang anda ada?

Agar tidak keliru, anda boleh menghitung jumlah kalori dalam setiap sajian makanan anda.

Sebagai panduan, jumlah kalori yang diperlukan setiap hari adalah sekitar 1,800 bagi wanita dan 2,200 untuk lelaki.

Pilihan terbaik semasa membeli yong tau foo adalah dengan mendapatkan dua atau tiga jenis sayuran berdaun, contohnya kang kong, sawi, kobis atau pucuk soya dipanggil 'dou miao'.

Selain itu, anda boleh memilih dua keping tahu tetapi bukan yang sudah digoreng dan lagi dua bahan yang juga tidak digoreng seperti telur, tomato, terung atau bendi, menurut saranan pengasas dan pakar pemakanan di Aptima Nutrition & Sports Consultants, Jaclyn Reuten.

"Jika anda benar-benar inginkan makanan bergoreng, pilih satu sahaja," kata beliau. "Cuba elak makanan yang sudah diproses seperti stik ketam dan bebola ikan kerana ia tidak berkhasiat."

Bagi karbohidrat pula, lebih baik jika anda memilih mi hun (192 kalori semangkuk). Nasi dan kway tiao mengandungi paling banyak kalori, menurut Cik Reutens, dengan 280 kalori bagi setiap hidangan.

Jika boleh, pilih yong tau foo versi kering. Jika tidak, sup juga boleh, kata Cik Reuten, namun jangan menghirup kesemuanya kerana ia mungkin tinggi sodium.

Kuah laksa biasanya mengandungi paling banyak kalori (355 kalori semangkuk), disusuli sup tom yam (121 kalori semangkuk)

Elakkan dimakan dengan sos jika boleh, lebih-lebih lagi sos cili kerana ia tinggi kalori, kata Cik Reuten. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan