Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Betulkah cara anda gunakan 'sanitizer'? Ini panduannya...

Memastikan tangan anda bersih adalah langkah penting dalam melindungi diri daripada penularan virus korona.

Anggaran Waktu Membaca:
Betulkah cara anda gunakan 'sanitizer'? Ini panduannya...

Gambar hiasan seseorang menggunakan cecair pembasmi kuman.

Diterbitkan : 16 Jul 2020 09:22PM Dikemas Kini : 16 Jul 2020 10:06PM

AMERIKA SYARIKAT: Memastikan tangan anda bersih adalah langkah penting dalam melindungi diri daripada penularan virus korona.

Menggunakan cecair pembasmi kuman atau 'sanitizer' adalah cara mudah untuk menjaga kebersihan tangan apabila berada di luar - lebih-lebih lagi jika tiada sabun dan air, iaitu cara yang lebih berkesan untuk membasmi kuman.

Namun hanya dengan menyembur sedikit cecair itu pada tangan anda dan menggosoknya begitu sahaja tidak bermakna anda sudah menggunakan 'sanitizer' dengan cara yang terbaik.

Berikut adalah kesilapan yang biasa dilakukan semasa menggunakan cecair pembasmi kuman:

1. TIDAK GUNAKAN JUMLAH YANG SECUKUPNYA

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika menyatakan anda perlu menyembur jumlah yang secukupnya pada seluruh tangan anda.

Ini adalah kesilapan paling lazim dilakukan, menurut penyedia utama perubatan sekitaran dan pekerjaan di sebuah klinik di Minnesota, Dr. Zeke J. McKinney, menurut laporan The Huffington Post.

"Cara betul menggunakannya adalah memastikan cecair itu menyaluti kedua-dua belah tangan anda," kata beliau. "Sering kali pengguna tidak menyembur jumlah yang secukupnya pada tangan mereka untuk melakukan demikian."

Lebih banyak adalah lebih baik daripada sedikit.

"Jika anda bimbang kerana menggunakan terlalu banyak, itu bukan satu masalah," tambah Dr McKinney.

Apabila anda meletakkan 'sanitizer' pada tangan, ambil masa untuk ratakan dan gosok setiap celah tangan.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan cecair pembasmi kuman itu perlu digosok antara 20 hingga 30 saat.

Ketua divisyen penyakit berjangkit di Universiti Buffalo di New York, Thomas Russo, berkata kegagalan menyapu keseluruhan tangan dengan 'sanitizer' adalah risiko besar dalam penggunaan cecair itu.

"Anda sapu pada tapak tangan. Anda sapu pada hujung jari tetapi tidak pada bahagian lain dan bahagian atas ibu jari," kata Encik Russo.

"Anda mesti pastikan bahagian lain juga disapu."

2 TIDAK PASTIKAN SANITIZER BETUL-BETUL KERING

Menurut CDC, anda perlu gosok tangan anda sekitar 20 saat sehingga ia betul-betul kering.

Jika tidak, anda "secara tidak sengaja akan mengelap cecair pada tangan anda pada permukaan lain sekali gus, cecair itu tidak berkesan," ujar Dr McKinney seperti yang dipetik dari laman The Huffington Post.

Tempoh cecair itu berada pada tangan anda adalah waktu ia menjalankan tugasnya untuk mematikan bakteria-bakteria dan kuman-kuman tertentu, tambah beliau.

Encik Russo pula berkata perbuatan menggosok tangan sehingga 'sanitizer' kering adalah satu perbuatan yang baik kerana ia menggalak pengguna memastikan cecair itu sampai pada setiap celah tangan mereka.

3. HANYA BERGANTUNG KEPADA 'SANITIZER', TIDAK DISIMPAN DENGAN BETUL

Anda mungkin memerlukan cecair pembersih tangan untuk membersihkan tangan apabila ia kotor.

Sekalipun demikian, 'sanitizer' tidak seharusnya dianggap mencukupi untuk membersihkan tangan yang kotor.

(Gambar: rawpixel/unsplash)

Jika terdapat "kotoran pada tangan, cecair pembersih tangan seperti 'sanitizer' tidak boleh membersihkannya dengan berkesan," kata Dr McKinney.

"Sebab perbuatan menggosok tangan seperti mencuci dengan sabun dan air, adalah lebih berkesan untuk menghapuskan bakteria dengan cara menggosok seperti itu."

Sememangnya penggunaan 'sanitizer' dengan cara yang betul berkesan untuk memperlahankan penularan virus. Namun ia tidak seharusnya dijadikan satu-satunya langkah pencegahan yang anda amalkan.

"Pengguna berasa ('sanitizer') boleh diterima sebagai pengganti perbuatan mencuci tangan tetapi tidak," tegas Dr McKinney, menurut laporan The Huffington Post.

"Mencuci tangan adalah cara yang terbaik (mencegah virus)."

Selain itu, pastikan cecair pembersih tangan itu disimpan dengan baik. Encik Russo turut menasihatkan supaya ia disembunyikan daripada kanak-kanak. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Agensi berita/NK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan