Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Betul? Kentang goreng McDonalds mampu rawat botak?

Ingin merawat kepala anda yang botak? Sekumpulan saintis dari Jepun menemui cara untuk menumbuhkan rambut yang agak pelik - di McDonald's.

Anggaran Waktu Membaca:
Betul? Kentang goreng McDonalds mampu rawat botak?

Kentang goreng McDonald's. (Gambar: JUSTIN SULLIVAN / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2018 01:04PM Dikemas Kini : 08 Feb 2018 01:12PM

JEPUN: Ingin merawat kepala anda yang botak? Sekumpulan saintis dari Jepun menemui cara untuk menumbuhkan rambut yang agak pelik - di McDonald's.

Menurut laman Daily Record yang ditukil laman LAdBible, terdapat kimia yang digunakan di dalam kentang goreng McDonald's yang boleh membantu proses penumbuhan rambut.

Para saintis tersebut berjaya menumbuhkan kembali bulu pada tikus ujian di mana mereka menyifatkannya dengan "cara yang mudah" menggunakan sel tunjang manusia, untuk menghasilkan rambut baru.

Selang beberapa hari, tikus-tikus tersebut mempunyai bulu, selepas kajian awal yang membuktikan cara yang sama boleh digunakan ke atas manusia.

Pasukan saintis dari Jepun ini pertama kali mendapati penemuan baru ini selepas menghasilkan 'kuman folikel rambut' di makmal mereka. Sel-sel ini yang memacu pembangunan folikel, dan ia selama ini belum pernah dilakukan.

Rahsianya? Menggunakan kimia dimethylpolysiloxane, kimia yang sama yang ditemui dalam kentang goreng McDonald's - yang dibubuh sebagai langkah jaga-jaga bagi mengelakkan minyak masak berbuih.

Profesor Junji Fukuda dari Universiti Nasional Yokohama berkata: "Kunci untuk menghasilkan HFG secara banyak adalah pilihan bahan-bahan substrat bagi alat pembiakan. 

"Kami menggunakan dimethylpolysiloxane yang boleh diserap oksigen (PDMS) di bawah alat pembiakan dan ia amat baik," ditukil laman LadBible.

Sejauh ini, berbilion-bilion Pound dibelanjakan untuk rawatan keguguran rambut setiap tahun, tetapi folikel rambut tidak pernah dihasil dengan cara ini sebelum ini.

Profesor Fukuda berkata ditukil LadBible: "Cara ini amat menyeluruh dan akan memperbaiki amat memberangsangkan.

"Kami berharap teknik ini akan mempertingkatkan terapi penumbuhan rambut baru untuk merawat keguguran rambut seperti androgenic alopecia (corak botak lelaki)."  

Sumber : Agensi berita/FA/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan