Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bersenam dengan pelitup? Jangan keterlaluan, kata pakar kesihatan

Dengan langkah-langkah COVID-19 lebih ketat dan orang ramai dikehendaki memakai pelitup apabila bersenam di kawasan tertutup, studio-studio kecergasan membuat penyesuaian kepada tahap senaman mereka agar sejajar dengan peraturan-peraturan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Bersenam dengan pelitup? Jangan keterlaluan, kata pakar kesihatan

Berbasikal di studio kecergasan untuk hilangkan berat badan semakin popular. (Gambar: Jalelah Abu Bakar)

Diterbitkan : 07 Jun 2021 10:58AM Dikemas Kini : 07 Jun 2021 11:01AM

SINGAPURA: Dengan langkah-langkah COVID-19 lebih ketat dan orang ramai dikehendaki memakai pelitup apabila bersenam di kawasan tertutup, studio-studio kecergasan membuat penyesuaian kepada tahap senaman mereka agar sejajar dengan peraturan-peraturan baru.

Kelas-kelas senaman seperti berbasikal, zumba dan yoga yang selalunya dianggap lebih berat masih tetap ditawarkan tetapi sesetengah studio mengurangkan tahap senaman dengan menyediakan lebih banyak pilihan dan waktu rehat selain sesi-sesi beralih ke luar studio agar mematuhi peraturan-peraturan.

Meskipun begitu, para pakar kesihatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memaksa diri secara keterlaluan dalam bersenam memandangkan mereka dikehendaki memakai pelitup.

Para peserta seharusnya mengambil kira sejarah perubatan, pengalaman dan sejauh mana mereka terbiasa dengan jenis senaman itu selain gejala-gejala yang dialami sewaktu kelas senaman dalam membuat keputusan sama ada ia terlalu berat untuk mereka, kata Dr Cormac O'Muircheartaigh, seorang pakar perubatan sukan.

"Senaman ringan bermakna anda sepatutnya boleh berbual-bual dengan mudah sewaktu bersenam," jelas beliau sambil menambah orang ramai hanya mampu "mengeluarkan beberapa patah perkataan" sewaktu melakukan senaman berat.

Walaupun berbasikal dan zumba biasanya merupakan senaman kadar sederhana hingga berat, beliau berkata ia boleh dilakukan dengan selamat dengan memakai pelitup "selagi anda tidak mempunyai masalah perubatan sedia ada yang boleh meningkatkan risiko anda."

Individu dengan masalah perubatan sedia ada yang menjejas jantung dan paru-paru mereka seharusnya lebih berhati-hati apabila melakukan senaman lebih berat dengan memakai pelitup, kata Dr O'Muircheartaigh yang juga pengarah perubatan Sports Medicine Lab.

Antaranya termasuk penyakit lelah, masalah rentak jantung atau penyakit jantung iskemia, kata beliau. Mereka yang pernah mengalami sakit atau kecederaan haba juga harus lebih berhati-hati, tambahnya.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan