Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berkawan baik selama 60 tahun, rupa-rupanya adik beradik

Dua lelaki Hawaii yang membesar sebagai sahabat baik baru-baru ini mendapat tahu rupa-rupanya mereka adalah adik beradik!

Anggaran Waktu Membaca:
Berkawan baik selama 60 tahun, rupa-rupanya adik beradik

Petikan gambar dari YouTube. (Gambar: KATC/YouTube)

Diterbitkan : 05 Jan 2018 11:54PM Dikemas Kini : 05 Jan 2018 11:58PM

HAWAII: Dua lelaki Hawaii yang membesar sebagai sahabat baik baru-baru ini mendapat tahu rupa-rupanya mereka adalah adik beradik!

Mereka kemudian membuat kejutan kepada anggota keluarga dan rakan-rakan semasa bercuti.

Alan Robinson dan Walter Macfarlane sudah bersahabat selama 60 tahun, lapor Daily Mail.

Dilahirkan di Hawaii dengan jarak 15 bulan, kedua-duanya bertemu semasa darjah enam dan bermain bola sepak di sekolah tinggi.

Macfarlane tidak pernah mengenali bapanya manakala Robinson pula adalah anak angkat, lapor Daily Mail.

Secara berasingan, mereka cuba mencari jawapan tentang anggota keluarga asal mereka.

Macfarlane merujuk kepada sejarah keluarga dan lelaman yang memadankan DNA setelah pencariannya di internet dan media sosial tidak membuahkan hasil, lapor stesen televisyen Honolulu KHON TV.

"Jadi, kami mula meneliti semua padanan DNA yang beliau perolehi," kata anaknya Cindy Macfarlane-Flores.

Padanan utama - iaitu seseorang yang mempunyai kromosom X yang sama - menggunakan nama samaran Robi 737.

Secara kebetulan, nama samaran Robinson adalah Robi dan beliau selalu menaiki pesawat Aloha Airlines 737, kata Macfarlane-Flores.

Tanpa disangka-sangka, Robinson menggunakan laman yang sama untuk mencari jawapan mengenai keluarga sebenarnya, menurut laporan Daily Mail.

Macfarlane dan Robinson kemudian menyedari ibu mereka adalah orang yang sama.

"Ia amat mengejutkan," kata Macfarlane.

Mereka mendedahkan hubungan itu kepada rakan-rakan dan keluarga semasa satu pesta.

"Ia pengalaman yang menakjubkan, ia masih menakjubkan," kata Robinson.

"Saya tidak tahu berapa lama perasaan ini akan berlalu."

Macfarlane dan Robinson kini merancang untuk melancong dan menikmati persaraan mereka bersama-sama.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan