Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berjalan pantas antara senaman paling mesra jantung

Senaman berat mungkin agak sukar dilakukan terutamanya oleh mereka yang sudah lama tidak bersenam, agak lanjut usia dan juga mempunyai berat badan berlebihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Berjalan pantas antara senaman paling mesra jantung

Gambar hiasan: freepik

Diterbitkan : 03 Oct 2021 10:53PM Dikemas Kini : 03 Oct 2021 10:56PM

MASKULIN: Senaman berat mungkin agak sukar dilakukan terutamanya oleh mereka yang sudah lama tidak bersenam, agak lanjut usia dan juga mempunyai berat badan berlebihan.

Kunci utama dalam memastikan kecergasan diri adalah melakukan senaman yang sesuai dengan kemampuan diri.

Antara senaman yang paling mudah dilakukan ialah berjalan pantas atau 'brisk walking'.

Berbeza dengan kebanyakan senaman yang lain, brisk walking merupakan aktiviti yang sangat rendah risiko kecederaan dan juga tidak memerlukan sebarang kos.

FAEDAH BRISK WALKING

Buat yang aktif melakukan aktiviti brisk walking sebanyak beberapa kali dalam seminggu, mereka akan mengalami beberapa perubahan positif dalam masa yang pendek.

Salah satunya adalah brisk walking mampu menurunkan tekanan darah serta membantu mengurangkan risiko menghidap kencing manis.

Secara dasarnya brisk walking merupakan salah satu aktiviti intensiti sederhana.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengklasifikasikannya sebagai aktiviti yang mampu membuat seseorang berpeluh dan meningkatkan kadar degupan jantung yang masih mampu membuatkan mereka bercakap tetapi tidak menyanyi.

Dalam erti kata lain, senaman brisk walking bukanlah jenis berimpak tinggi yang membuatkan indvidu melakukannya boleh tercungap-cungap.

Kebiasaannya, aktiviti brisk walking bergerak pada kelajuan maksimum 7.24 km/j.

Melakukan senaman brisk walking secara rutin setiap hari pula mencukupi dilakukan selama 30 minit sahaja.

TEKNIK TERBAIK BRISK WALKING

Walaupun brisk walking tidaklah sukar dilakukan namun terdapat beberapa cara dan tip yang boleh anda ikuti.

Berikut MASKULIN mengongsikan beberapa teknik brisk walking:

Mulakan dengan senaman memanaskan badan sebelum melakukan brisk walking dan 'cool down' bila sudah hampir selesai dengan memperlahankan rentak berjalan.

Pastikan bahu sentiasa di bawah dan ambil langkah dengan tenang dan lurus

Lakukan langkahan dengan kaki ke depan dari tumit.

Bila sudah selesa, boleh cuba tingkatkan tahap kesukaran dengan melakukan aktiviti di kawasan berbukit.

Andai kata kaki terasa sakit selepas melakukan brisk walking, rendamlah kaki di dalam air suam atau lakukan urutan yang sesuai.

Tahap pembakaran kalori pula bergantung kepada berat badan seseorang dan juga beberapa faktor lain.

Selamat berjalan pantas!

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan