Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITAmediacorp lancar siri baru gaya hidup, selongkar cita rasa unik masyarakat Melayu

Mulai Sabtu ini (16 Jan), BERITAmediacorp akan mengetengahkan satu siri baru yang memaparkan gaya hidup dan cita rasa unik sebahagian anggota masyarakat Melayu.

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp lancar siri baru gaya hidup, selongkar cita rasa unik masyarakat Melayu

(Gambar: Hakim Irwan/BERITAmediacorp)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 10:19PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 10:21PM

BERITAmediacorp: Mulai Sabtu ini (16 Jan), BERITAmediacorp akan mengetengahkan satu siri baru yang memaparkan gaya hidup dan cita rasa unik sebahagian anggota masyarakat Melayu.

Wartawan-wartawan kami antara lain akan menyorot kehalusan dan keunikan barang-barang kemas Melayu dari era 1940-an hingga 1970-an, selain menyelami dunia pengumpulan keris sehingga ada yang menempah keris baru berharga sehingga S$30,000.

Tidak hanya barang-barang lama, BERITAmediacorp juga akan menyelongkar cita rasa anggota masyarakat Melayu pada masa kini.

Antaranya bagaimana minat mendalam terhadap 'jeans' yang mendorong seorang anak Melayu menembusi pasaran antarabangsa dengan jenama keluarannya sendiri.

Kami juga akan memaparkan kepuasan dan dunia pemilik kereta mewah yang seringkali mencuri perhatian ramai.

Apakah pula falsafah reka bentuk rumah karyawan moden yang menggambarkan cita rasa kontemporari seseorang pemilik rumah privet?

Dan apa pula "makanan artisanal" yang kini semakin popular di kalangan pelanggan dan turut dihasilkan peniaga Melayu?

Semuanya bakal BERITAmediacorp sajikan dalam siri baru gaya hidup bermula hujung minggu ini dalam buletin BERITA di saluran SURIA, jam 8.00 malam. 

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan