Images
  • berita kesihatan

BERITAmediacorp dilantik sebagai duta kesihatan Karnival Keluarga WGS

SINGAPURA: Karnival Keluarga di Wisma Geylang Serai cuti sekolah September ini menjanjikan pelbagai kegiatan menarik termasuk acara-acara bagi menggalak gaya hidup sihat.

BERITAMediacorp dilantik duta kesihatan bagi acara itu dan Ahad (8 Sep) ini, siap menjayakan acara bersenam bersama personaliti kesihatan, Dr Dee Dee.

Acara senaman beramai-ramai Ahad ini bersama Dr Dee Dee direka khas bagi memastikan ia sesuai dilakukan individu dari segenap lapisan usia.

Beberapa penyampai berita dan penerbit BERITAmediacorp hari ini (5 Sep) membuka langkah, melakukan latihan senaman itu sebagai persiapan menjelang acara tersebut pada hujung minggu nanti.

Berlangsung hanya selama 15 minit, namun kesannya dapat dirasai sebaik sahaja tamat sesi latihan.


"Saya teruja sekali untuk berkongsi tips-tips tentang kesihatan, pemakanan, senaman, macam mana hendak baikkan kaki kalau sekiranya kita ada sakit kaki serta bagaimana hendak bersenam Dee Dee," ujarnya ceria. 

Selain bersenam bersama, banyak lagi kegiatan menarik menanti para pengunjung ke astaka BERITAmediacorp.

Ini juga peluang bagi orang ramai untuk mengenali lebih dekat lagi BERITAMediacorp serta kakitangan di sebalik unit berita dan ehwal semasanya. Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada seorang pakar perubatan rehabilitasi.

Orang ramai juga berpeluang menyertai rakaman episod khas Cetusan yang akan membincangkan topik kesihatan bersama Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan, Encik Amrin Amin, dengan panel pakar terdiri daripada Dr Dee Dee Mahmud, Dr Ely Sabrina dan Chef Mel Dean.  

- BERITAmediacorp/fz

Top