Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

BERITA+: Gusti profesional kian diminati ramai di S'pura

Jika di Amerika Syarikat ada Undertaker, Stone Cold dan Hulk Hogan, di Singapura kita ada Da Butcherman, Trexxus atau The Statement. Apakah yang menarik mereka untuk jadi ahli gusti profesional?

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Aksi perlawanan gusti kian menarik minat ramai di Singapura untuk menjadikannya sebagai kerjaya mereka.

Jumlah ahli gusti profesional di sini meningkat lebih 100 peratus sejak ia mula dikembangkan di Singapura hampir sedekad lalu.

Kini terdapat lebih 50 orang yang menjadi ahli gusti profesional di sini.

Di negara ini, terdapat dua persatuan gusti profesional iaitu Singapore Pro Wrestling (SPW) yang ditubuhkan pada 2012 dan Grapple MAX pada 2016.

Mereka bermula dengan hanya kurang 10 anggota dan kini jumlahnya sudah berlipat ganda.

PADAT DENGAN AKSI, MEMUKAU PENONTON

Ada yang melayang, ada pula yang ditendang. Pertarungan padat dengan aksi ini cukup memukau ramai.

Ini ditambah lagi dengan keriuhan dan sorakan para penyokong bagi memberi semangat buat ahli gusti.

LARIKAN DIRI SEBELUM 'DIMAKAN' DA BUTCHERMAN!

Bukan sahaja aksi gusti yang membuat penonton terpaku, watak-watak yang dimainkan para ahli gusti juga menarik serta ada yang aneh dan tidak masuk akal.

Antara yang menjadi sumber inspirasi ahli gusti di sini termasuklah ikon-ikon bidang itu seperti The Rock, Stone Cold dan Hulk Hogan.

Bagi salah seorang ahli gusti profesional tempatan, Danial Husain Alias, ciri-ciri watak yang dipilihnya adalah yang menggerunkan sehinggakan lawannya pun takut 'dimakan'.

Mendengar namanya sahaja sudah takut - Da Butcherman.

"Da Butcherman adalah watak pemotong daging yang gila, dan dia bukan sahaja suka mana daging ayam, lembu tetapi juga daging manusia," jelas Danial.

Selain nama dan watak, penampilan mereka dalam gelanggang juga penting bagi menghidupkan lagi imaginasi penonton.

DAYA TARIKAN 'PRO WRESTLING' SEMAKIN MENINGKAT

Selain jumlah ahli gusti profesional yang meningkat, jumlah pertarungan yang dianjurkan semakin banyak dan juga boleh menarik sehingga ratusan penonton sebelum COVID-19 melanda.

Da Butcherman, juara SPW menerangkan: "Kita bermula di Kelab Masyarakat Kampung Ubi. Waktu itu jumlah penonton tidak ramai, mungkin 50 orang tetapi sekarang, kita selalunya mendapat sekitar 500 menonton acara-acara kami."

Bagi menepati citarasa penonton tempatan, beberapa unsur khas Singapura juga diselitkan dalam persembahan aksi pertarungan.

"Kita cuba tidak menjadikannya seperti WWE yang terlalu Amerika. Kita tambahkan perisa Singlish kita," kata Da Butcherman.

Selain Da Butcherman, terdapat juga ahli gusti dalam SPW, Andruew Tang atau nama pentasnya 'The Statement' yang membawakan watak samseng Cina.

Tan menjadi ahli gusti pertama Singapura yang menempa nama di WWE.

Bulan lalu, Sean membawa nama pentas 'Dante Chen' dalam pertarungan profesional sulungnya dan berjaya menumpaskan lawannya Trey Baxter di Amerika Syarikat.

Dalam pertarungan keduanya, Dante Chen sekali lagi berjaya memenangi pertandingan dan mematahkan lawannya, Malik Blade dalam program NXT WWE, dua minggu lalu.

GUSTI PRO BUKAN SETAKAT DRAMA SAHAJA!

"Gusti pro juga mengikut jalan cerita, jadi kita membuat keputusan siapa yang akan menang dan kalah sebelum berlawan," tambah Da Butcherman.

Selain itu, Da Butcherman juga akur ramai yang bertanggapan bahawa ahli gusti perlu mempunyai daya fizikal yang kuat.

Mereka perlu berlatih berminggu-minggu untuk menyempurnakan adegan-adegan dalam gelanggang.

Da Butcherman berkata: "Apabila saya pertama kali mula bergusti, saya berlatih berminggu untuk setiap langkah dan setiap siri gerakan. Namun dengan lebih banyak pengalaman, kini saya hanya perlu berkomunikasi dengan pihak lawan dalam gelanggang sahaja.

Lantaran itu, setiap 'kemenangan' yang dikecapi seorang ahli gusti itu sebenarnya satu hasil kerjasama dengan pihak lawan serta pengadil.

Walaupun kelihatan seperti seteru dalam gelanggang, ahli-ahli gusti yang beraksi sebenarnya berganding bahu bagi menjayakan jalan cerita yang ditetapkan sekali gus menghidupkan watak masing-masing untuk menghiburkan para penonton.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan