Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berbasikal ke tempat kerja, dibayar S$0.30 setiap kilometer

Anda mungkin jarang melihat orang ramai berduyun-duyun berbasikal ke tempat kerja atau membeli barangan dapur di pasar kerana ia bukanlah budaya yang popular di rantau ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Berbasikal ke tempat kerja, dibayar S$0.30 setiap kilometer

(Gambar hiasan: Jeroen Jumelet/ANP/AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2018 07:20PM Dikemas Kini : 20 Jun 2018 07:23PM

BELANDA: Anda mungkin jarang melihat orang ramai berduyun-duyun berbasikal ke tempat kerja atau membeli barangan dapur di pasar kerana ia bukanlah budaya yang popular di rantau ini.

Namun, ini bukanlah perkara yang ganjil di negara-negara seperti Jepun, Kanada, Perancis dan Denmark.

Baru-baru ini pemerintah Belanda mengorak langkah dengan mengumumkan sagu hati sebanyak AS$0.22 (S$0.30) bagi setiap kilometer kepada pekerja yang berbasikal untuk ke tempat kerja seperti yang dilaporkan The Sun.

Saranan itu dikemukakan oleh Timbalan Menteri Prasarana Belanda Tientje Van Veldhoven sebagai langkah untuk mengurangkan kesesakan jalan raya pada waktu sibuk.

“Saya ingin mengajak orang ramai untuk tidak bergantung kepada memandu kereta. Sebaliknya, mereka boleh berbasikal walaupun bagi jarak jauh,” kata menteri itu dalam kenyataannya seperti ditukil The Sun.

Budaya berbasikal sudah menjadi sebati dengan kehidupan di Belanda. Di bandar-bandarnya, puluhan ribu garisan khas ditandakan untuk basikal bagi membezakan ruang jalan untuk kenderaan lain.

Bagi menggalak penduduknya mengayuh basikal, pemerintah Belanda akan memperuntukkan €100 juta (S$157 juta) untuk menambah jumlah laluan dan tempat letak basikal.

Menurut CNN, Perancis sudah memulakan program yang sama dengan sokongan 20 syarikat dan institusi.

Mereka membayar €0.25 (S$0.40) setiap kilometer kepada pekerja yang mengayuh basikal ke tempat kerja. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan