Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Berat badan berlebihan atau sebaliknya semasa hamil boleh jejas jantung bayi

Menjaga berat badan ketika hamil bukan sahaja penting bagi ibu, tetapi ia juga penting bagi bayi dalam kandungan.

Anggaran Waktu Membaca:
Berat badan berlebihan atau sebaliknya semasa hamil boleh jejas jantung bayi

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 24 Sep 2018 04:28PM Dikemas Kini : 24 Sep 2018 04:32PM

HONG KONG: Menjaga berat badan ketika hamil bukan sahaja penting bagi ibu, tetapi ia juga penting bagi bayi dalam kandungan.

Satu tinjauan baru mendapati bahawa kenaikan berat badan yang keterlaluan atau terlalu sedikit semasa hamil mungkin menjejas kesihatan jantung anak anda, menurut laporan New York Times.

Para penyelidik mengkaji 905 pasangan ibu dan anak, dengan mengasingkan para ibu ke dalam kumpulan dengan kenaikan berat badan yang disarankan atau kumpulan yang melebihi kenaikan berat badan - 25 hingga 35 paun (11 hingga 14 kilogram) bagi wanita dengan Indeks Jisim Tubuh (BMI) antara 18.5 hingga 24.9; 28 hingga 40 paun (13 hingga 18 kilogram) bagi mereka dengan BMI bawah 18.5; dan 15 hingga 25 paun (7 hingga 11 kilogram) bagi wanita dengan BMI melebihi 25.

Setelah mengawal berat badan wanita sebelum hamil dan pelbagai faktor risiko lain, para penyelidik mendapati bahawa anak wanita-wanita dengan kenaikan berat badan yang melebihi tahap yang disarankan berisiko tinggi mengalami tekanan darah tinggi, BMI tinggi dan bacaan insulin tinggi - semuanya faktor risiko bagi penyakit jantung.

Sementara itu, New York Times menarik perhatian bahawa anak wanita-wanita dengan kenaikan berat badan yang terlalu rendah juga berisiko tinggi mengalami tekanan darah yang agak tinggi dan bacaan glukosa yang tinggi.

"Para wanita harus ketahui perkara ini sebelum mereka hamil," kata penyelidik kanan, Dr Wing Hung Tam, seorang profesor sakit puan dari Universiti Hong Kong.

"Mencapai berat badan normal sebelum hamil akan memudahkan wanita itu untuk mengawal berat badannya ketika mengandung," tambah beliau.

New York Times turut menukil Dr Wing sebagai berkata: "Cara terbaik untuk mencapai kenaikan berat badan yang normal ketika hamil adalah dengan melakukan senaman serta memakan makanan yang sihat dan berkhasiat." 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan