Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Benarkah potong kuku perlu ikut hari tertentu saja?

Islam menggalak umatnya merapikan diri dan menjaga kebersihan terutamanya kebersihan kuku. Malah ada yang sibuk memilih hari tertentu untuk memotong kuku walaupun kuku sudah panjang berjela!

Anggaran Waktu Membaca:
Benarkah potong kuku perlu ikut hari tertentu saja?

(Gambar hiasan: Pedi:Mani:Cure Studio/Instagram)

Diterbitkan : 02 Sep 2021 11:51AM Dikemas Kini : 02 Sep 2021 11:56AM

KUALA LUMPU: Islam menggalak umatnya merapikan diri dan menjaga kebersihan terutamanya kebersihan kuku.

Malah ada yang sibuk memilih hari tertentu untuk memotong kuku walaupun kuku sudah panjang berjela!

Dalam ringkasan perkongsian bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Zulkifli Mohamad al-Bakri, para ulama Fiqh Syafi’iyyah dan Hanabilah menggalak memotong kuku setiap hari Jumaat.

“Islam sangat menganjurkan penganutnya supaya merapikan diri dengan mengutamakan kebersihan tetapi sekiranya tak sempat, boleh sahaja pada bila-bila masa asalkan tidak melebihi 40 hari," katanya.

Daripada Anas bin Malik R.A:
“Rasulullah memberikan batasan waktu kepada kami untuk memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan agar tidak dibiarkan lebih dari empat puluh hari.”

Kesimpulannya Zulkifli berkata, secara khususnya tiada nas hadis sahih berhubung memotong kuku pada hari tertentu dan kelebihannya yang khusus.

Tips di bawah ini boleh menjadi panduan untuk anda.

Sentiasa menjaga kebersihan

Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih daripada kotoran. Jika anda memakai pewarna kuku, bersihkan sisa pewarna yang comot pada jari dengan menggunakan pembersih kuku.

Atau, anda juga boleh mengambil berus gigi lama dan sabun. Gosokkan pada kuku dan kulit dengan perlahan untuk membersihkan kotoran serta menggalakkan pengelupasan kulit mati tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau skrub mahal.

Sentiasa lembut

Kuku anda sangat halus. Membersihkan dengan cara yang kasar boleh menyebabkan kuku mudah rosak dan dijangkiti kuman. Anda tidak digalakkan menggunakan peralatan besi terlalu kerap di bawah kuku kerana ia boleh merosakkan kulit.

Trim kuku

Biasakan diri untuk 'trim' kuku anda, sama seperti rambut. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk aktiviti 'trim' kuku supaya kuku tumbuh cantik dan sekata.

Hargai kesihatan berbanding ukuran

Bagi sesetengah wanita, kuku yang panjang kelihatan cantik walaupun di sebalik cat warna itu, kuku anda merekah dan pecah!

Kuku yang pendek sentiasa nampak kemas dan bersih. Ia juga membolehkan kuku tumbuh dengan lebih sihat dan cantik.

Tidak membuang kutikel

Tahukah anda kutikel pada kuku sebenarnya mempunyai fungsi untuk melindungi kawasan sekitar bawah kuku.

Jika anda membuangnya, ia akan memudahkan bakteria untuk menjangkiti kawasan tersebut. Semakin anda membiarkan kutikel, semakin kuku anda menghargai anda.

Seminggu sekali selepas mandi, hanya tolakkan dengan perlahan kutikel dengan menggunakan kayu khas untuk kutikel dan sapu losen untuk membiarkannya lembut dan lebih kemas.

Kebersihan peralatan kuku

Penjagaan kebersihan pada peralatan kuku adalah sangat penting. Pastikan setiap kali membersihkan kuku, anda mencuci di celahan ketip kuku dan 'tweezer' yang digunakan agar bakteria tidak membiak.

Sentiasa menjaga kelembapan

Setiap malam anda pasti tidak lupa untuk menyapu pelembap pada wajah kan? Begitu juga pentingnya kelembapan untuk melindungi kuku.
Gunakan campuran minyak kacang almond dan avocado pada kuku dan kutikel agar ia sentiasa lembap dan berkilat.

Kawal diet

Tambahan vitamin dan supplemen seperti biotin, vitamin E dan minyak ikan dalam regimen harian anda boleh memberikan protein terbaik untuk kuku.

Ada juga pakar yang berpendapat bahawa kekacang dan ikan adalah sumber terbaik yang boleh anda amalkan. 

Sumber : Agensi berita/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan