Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Beli rumah di tingkat atas atau bawah gambarkan personaliti anda

Perwatakan mungkin mempengaruhi pilihan kita dalam membeli rumah di tingkat lebih tinggi atau rendah

Anggaran Waktu Membaca:
Beli rumah di tingkat atas atau bawah gambarkan personaliti anda

(Gambar hiasan: Unsplash/Ryan Tauss)

Diterbitkan : 25 Jul 2019 04:58PM Dikemas Kini : 25 Jul 2019 05:03PM

SINGAPURA: Jika anda bingung membuat pilihan, inilah beberapa cara untuk menentukan sama ada anda patut membeli rumah di tingkat lebih tinggi atau rendah.

Pada sebarang pelancaran projek hartanah, unit-unit yang lebih cepat laris kemungkinan besar adalah di tingkat paling atas dan paling bawah. Lantas, lebih baik jika anda datang lebih awal untuk meningkatkan peluang mendapatkan unit yang anda mahukan.

Tambahan pula, unit di tingkat-tingkat sedemikian juga meningkatkan nilai penjualan semula dan penyewaan.

Jika anda masih tidak pasti mana yang lebih sesuai, apa kata anda dalami ciri-ciri personaliti anda untuk mendapatkan jawapannya.

Mereka yang gemar tinggal di tingkat lebih tinggi mempunyai sifat-sifat berikut:

  • Mereka takut kepada cicak, lipas dan segala serangga.
  • Mereka suka dengan adegan drama Korea yang menggambarkan seseorang memegang gelas dan menikmati minuman sambil merenung ke arah bandar atau laut.
  • Mereka gemar muzik dalam lif serta mengelamun di dalamnya
  • Mereka mempunyai belanjawan perumahan lebih besar.

Mereka yang tinggal di tiga hingga lima tingkat teratas selalunya memenuhi ciri-ciri tersebut. Untuk kondominium, lebih tinggi unit rumah itu, lebih tinggi kosnya. Perbezaan kos boleh mencecah hingga S$10,000 atau S$15,000 hanya untuk satu tingkat lebih tinggi. Unit tingkat atas biasanya dikaitkan dengan kehidupan eksklusif dan mewah - walaupun pandangan itu agak stereotaip.

Bagaimana pula dengan mereka yang suka unit di tingkat lebih rendah? Mereka merupakan jenis yang lebih praktikal:

  • Ingin jimat masa dengan tidak perlu menunggu lif.
  • Mementingkan ruang berbanding pemandangan indah.
  • Sudah biasa dengan persekitaran bandar, dan tidak kisah dengan bunyi bising.
  • Mahu menjadi yang pertama untuk melarikan diri jika kebakaran berlaku.

Unit tingkat empat dan ke bawah biasanya dianggap sebagai unit "tingkat bawah". Unit-unit ini mungkin lebih besar sedikit daripada unit-unit tingkat lebih tinggi, tetapi kosnya tetap lebih rendah.

Mereka yang tinggal di tingkat bawah lebih ramah dan praktikal, oleh kerana mereka perlu ada hubungan baik dengan orang yang mereka terserempak sepanjang hari.

Tingkat yang rendah sering digemari oleh mereka yang mempunyai ahli keluarga lebih berusia, kanak-kanak dan ahli keluarga yang mengalami kesukaran bergerak.

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan