Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Belajar muzik boleh bantu pertingkat pencapaian akademik anak anda

Memastikan anak anda mengikuti kelas muzik selepas sekolah mungkin penting kepada pembangunan mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
Belajar muzik boleh bantu pertingkat pencapaian akademik anak anda

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 13 Nov 2018 11:10PM Dikemas Kini : 13 Nov 2018 11:14PM

AMSTERDAM: Memastikan anak anda mengikuti kelas muzik selepas sekolah mungkin penting kepada pembangunan mereka. Ini menurut hasil satu kajian baru.

Kajian yang diterbitkan dalam Frontiers in Neuroscience mendapati bahawa kelas muzik yang berstruktur dapat meningkatkan keupayaan kognitif kanak-kanak, termasuk pertimbangan berasaskan bahasa, memori jangka pendek, perancangan dan naluri, yang kemudian membawa kepada peningkatan pada prestasi akademik.

Walaupun terdapat tanda-tanda yang menunjukkan bahawa muzik mempunyai kesan yang positif terhadap daya kognitif, muzik semakin hilang daripada kurikulum pendidikan awam," kata Dr. Artur Jaschke, dari Universiti VU Amsterdam kepada Neuroscience News. "Ini memberi inspirasi kepada kami untuk memulakan kajian jangka panjang mengenai kesan pendidikan muzik terhadap kemahiran kognitif yang mungkin ada kaitan dengan pencapaian akademik."

Dr. Jaschke yang menerajui kajian itu bersama Dr. Henkjan Honing serta Dr. Erik Scherder, dan bersama pasukan mereka, mengkaji seramai 147 pelajar di Belanda.

Kanak-kanak mengikuti kurikulum sekolah rendah biasa, tetapi ada juga yang mengikuti kelas seni visual tambahan, sementara ada pula yang menyertai kelas muzik. Ia mendapati bahawa kanak-kanak yang mengikuti kelas muzik berjaya menunjukkan peningkatan kognitif yang ketara berbanding kanak-kanak lain yang turut terlibat dalam kajian itu.

Begitu juga kanak-kanak yang mengikuti kelas seni visual, mereka mempunyai daya ingatan visual dan jangka pendek spasial yang lebih baik berbanding pelajar yang tidak mengikuti kelas tambahan.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan