Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bekas jaguh atletik negara Nurulaini Ariffin wanita pertama jadi ketua komunikasi perlumbaan F1 S’pura

Pencapaian wanita Melayu/Islam di Singapura semakin menyerlah dan kaum Hawa kita turut membuktikan bahawa orang Melayu juga boleh “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan kaum-kaum lain dalam persekitaran yang sengit persaingannya. 

Anggaran Waktu Membaca:
Bekas jaguh atletik negara Nurulaini Ariffin wanita pertama jadi ketua komunikasi perlumbaan F1 S’pura

Bekas pelari pecut negara Nurulaini Ariffin. (Gambar: NurulAini Ariffin-Zeng/Facebook)

BERITAmediacorp: Pencapaian wanita Melayu/Islam di Singapura semakin menyerlah dan kaum Hawa kita turut membuktikan bahawa orang Melayu juga boleh “duduk sama rendah, berdiri sama tinggi” dengan kaum-kaum lain dalam persekitaran yang sengit persaingannya.

Bekas pelari pecut negara Nurulaini Ariffin bakal menjadi wanita pertama yang akan menyandang peranan sebagai ketua komunikasi bagi kawalan perlumbaan Grand Prix Singapura pada lewat bulan ini.

Beliau mula menjadi relawan sebagai pemerhati Formula One pada 2009 dan sejak itu sudahpun menyandang pelbagai peranan tahun demi tahun.

Menurut siswazah Universiti Curtin yang mengajar pendidikan jasmani kepada para pelajar berkeperluan khas di Sekolah Northlight, beliau akur bahawa tanggungjawab yang diamanahkan sebagai ketua komunikasi perlumbaan, merupakan sesuatu "yang bukan datang bergolek tetapi perlu berusaha dengan lebih gigih".

Antara tugas yang pernah disandangnya termasuk menyelia saluran kawalan perlumbaan F1 dan memeriksa saluran bersama timbalan dan para pembantunya.

Mereka kemudian akan mengongsi maklumat dan keputusan yang dibuat oleh Pegawai Litar Perlumbaan dengan para pegawai kanan lain yang turut terlibat.

Selain tugasnya sebagai seorang pendidik dan relawan bersama Grand Prix F1 Singapura, beliau turut menyumbang tenaga sebagai seorang konstabel relawan bersama Polis Trafik (TP).

Ibu kepada seorang anak lelaki ini juga giat meluangkan masa sebagai seorang pegawai dan jurulatih kepada pasukan atletik kurang daya upaya.

Baru-baru ini, beliau terlibat dalam Grand Prix Para Atletik Dunia 2019 yang diadakan di Tunisia. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan