Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Begini cara redakan migrain tanpa makan ubat

Penyakit migrain dan sakit kepala kadangkala boleh menjejas dan menghambat kehidupan harian. Menurut Medical Daily, berikut adalah antara cara untuk meredakan migrain tanpa perlu makan ubat.

Anggaran Waktu Membaca:
Begini cara redakan migrain tanpa makan ubat

(Gambar hiasan: Canva)

Diterbitkan : 19 Mar 2019 11:14PM Dikemas Kini : 19 Mar 2019 11:20PM

JAKARTA: Penyakit migrain dan sakit kepala kadangkala boleh menjejas dan menghambat kehidupan harian. Adakalanya ia bermula di sebelah kepala dan kemudiannya melarat ke kedua dua belah bahagian kepala. Bahkan kadangkala, seseorang boleh merasa mual, muntah, serta jadi lebih sensitif terhadap bunyi dan cahaya.

Cara yang paling biasa dilakukan untuk meredakan rasa sakit kepala dan migrain adalah dengan mengambil ubat. Malangnya, mengambil ubat boleh menimbulkan sejumlah kesan samping seperti rasa mengantuk, rasa lelah, degupan jantung tidak menentu, mual, dan sukar untuk beri tumpuan.

Namun ada juga cara lain yang boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa sakit ini tanpa harus mengambil ubat. Menurut Medical Daily, berikut adalah antara cara untuk meredakan migrain tanpa perlu makan ubat.

1. Minum kopi

Minum kopi atau produk yang mengandungi kafein seperti teh dapat menghilangkan migrain. Namun, anda harus meminumnya seawal mungkin apabila anda baru berasa pening untuk menghilangkan sakitnya.

2. Gunakan Kompres Dingin atau Panas

Menggunakan kompres dingin di bahagian dahi atau kompres hangat di leher dan bahagian belakang kepala dapat mengurangkan rasa sakit. Lakukannya selama 15 minit dan berehatlah selama 15 minit sebelum melakukannya lagi.

3. Jangan Mengikat Rambut dan Memakai Topi

Tekanan luaran di kulit kepala seperti ikatan rambut yang terlalu ketat serta penggunaan topi dan cekak rambut merupakan antara sebab sakit kepala. Satu kajian menunjukkan bahawa kaum wanita yang melonggarkan rambut mereka mendapati sakit kepala akan hilang.

4. Jangan Mengunyah

Mengunyah merupakan salah satu penyebab yang mengakibatkan sakit kepala. Mengunyah snek, tabiat menggigit kuku, bibir, dan benda lainnya dapat menyebabkan munculnya sakit kepala.

5. Hindari Cahaya Terang

Cahaya terang yang bersinar dapat menyebabkan munculnya migrain. Tutup jendela dengan langsir berwarna gelap serta gunakan kacamata hitam ketika di luar ruangan untuk mengurangkan rasa sakit.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan