Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

'Beg' tangki ini bolehkan anda bawa ikan hidup ke mana-mana

Beg angkut untuk membawa keluar haiwan peliharaan seperti kucing, satu produk biasa di pasaran massa. Namun beg lut sinar yang ibarat tangki bergerak ini, membolehkan pemilik 'menayangkan' ikan mereka di luar rumah. 

Anggaran Waktu Membaca:
'Beg' tangki ini bolehkan anda bawa ikan hidup ke mana-mana

(Gambar: Katsugyo Bag/Instagram menerusi 8Days.sg)

Diterbitkan : 29 May 2021 09:43PM Dikemas Kini : 29 May 2021 09:44PM

Beg angkut untuk membawa keluar haiwan peliharaan seperti kucing, satu produk biasa di pasaran massa. Namun beg lut sinar yang ibarat tangki bergerak ini, membolehkan pemilik 'menayangkan' ikan mereka di luar rumah.

Menariknya, bekas lonjong berbentuk tong itu dimuatkan dengan sebuah tangki, tempat pegang, dan peranti bagi mengukur ketepuan oksigen serta suhu air.

Beg tangan tangki ikan yang dikenali sebagai Katsugyo itu, bagaimanapun, belum lagi berada di pasaran. Ia masih lagi dibangunkan dan diperhalusi oleh sebuah syarikat di Jepun yang sudahpun menubuhkan satu akaun Instagram bagi produk tersebut.

Namun, syarikat itu menurunkan gambar-gambar produknya setelah ia menjadi tular.

Apa yang tinggal di akaun Instagram @katsugyo_bag adalah biografinya yang bertulis: "Sedang mencipta sebuah beg ikan (sementara). Ia adalah produk yang membawa ikan 'hidup'. Bawa ikan yang anda tangkap dan ikan hidup yang anda beli dari pasar ke rumah anda."

Dengan itu, jelaslah bahawa beg tersebut dicipta bukan untuk membawa ikan-ikan peliharaan keluar bersiar-siar. Sebaliknya, ia bertujuan memastikan ikan-ikan segar yang baru dibeli atau ditangkap terus hidup dan kekal segar - terutama bagi penggemar sashimi di mana ikan dimakan mentah.

Sebelum ini, syarikat itu berkongsi lebih banyak butiran mengenai beg itu. "Ia dibahagikan kepada dua unit jadi apabila anda memasukkan ikan, anda boleh keluarkan akuarium, simpan ikan itu dan menghubungkannya kepada bahagian utama beg dan hidupkan kuasanya."

Pembuat produk itu juga mendedahkan mereka sedang berusaha memperincikan reka bentuk dan melakukan pemeriksaan operasi bagi memastikan produk tersebut berfungsi. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan