Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Beg Prada dijual pada harga S$680 sahaja...

 Sekiranya anda sedang mencari beg tangan mewah tapi pada harga yang anda mampui, ini berita baik untuk anda!

Anggaran Waktu Membaca:
Beg Prada dijual pada harga S$680 sahaja...

(Gambar: Reebonz)

Diterbitkan : 12 Sep 2019 10:20PM Dikemas Kini : 12 Sep 2019 10:23PM

SINGAPURA: Sekiranya anda sedang mencari beg tangan mewah tapi pada harga yang anda mampui, ini berita baik untuk anda!

Wadah runcit barangan mewah online, Reebonz, bakal mengadakan jualan gudang keduanya dengan lebih 4,500 barangan bakal dijual dengan diskaun yang amat besar iaitu, sehingga 90 peratus.

Sebagai contoh, anda boleh membeli beg tangan Prada pada harga hanya S$680, berbanding harga asalnya iaitu S$3,100. Selain itu, kasut tumit tinggi Valentino Garavani akan dijual pada harga S$414 berbanding S$1,380. Malah, kasut Stella McCartney pula sekadar S$548 sahaja!

Lebih 150 jenama pereka dijual pada harga yang lebih murah. Ini termasuk Alexander McQueen, Balenciaga, Bvlgari and Givenchy, malah ada yang semurah S$80.

Ia juga adalah tempat paling sesuai untuk mencari barangan vintaj - terdapat sebuah bahagian yang dikhaskan untuk barangan klasik dari jenama-jenama seperti Bottega Veneta, Celine, Chanel dan Louis Vuitton. Malahan, harga barangan tersebut bermula dari sekadar S$150.

Anda boleh RSVP untuk mendapat akses awal dan dapatkan diskaun S$5 bagi tambang Grab anda dengan kod RBZWHS.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan