Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bayi ini lahir daripada rahim neneknya

Seorang wanita di wilayah Shaanxi, China yang menerima rahim ibunya selepas menjalani pemindahan rahim pada November 2015 selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pada Ahad (20 Jan). Demikian menurut agensi berita China, Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Bayi ini lahir daripada rahim neneknya

Gambar fail seorang bayi. (Gambar: Loic Venance/AFP)

Diterbitkan : 24 Jan 2019 06:36PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 06:37PM

XI'AN: Seorang wanita di wilayah Shaanxi, China yang menerima rahim ibunya selepas menjalani pemindahan rahim pada November 2015 selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat pada Ahad (20 Jan). Demikian menurut agensi berita China, Xinhua.

Bayi seberat 2 kilogram dan berukuran 48 sentimeter panjang itu dianggap sebagai bayi pertama di China dan yang ke-14 di dunia yang berjaya dilahirkan melalui rahim pindahan di sebuah hospital di Xi'an.

Ibu baru itu yang dikenali sebagai Yang Hua, 26 tahun, dilahirkan tanpa rahim, namun mempunyai ovarinya sendiri.

Xinhua melaporkan ketika pemindahan rahim manusia - iaitu yang pertama di China - dilakukan pada 2015, Yang berusia 22 tahun manakala ibunya pula berusia 43 tahun.

Proses pemindahan rahim itu bukanlah prosedur yang baru. Pada tahun 1960-an, Britain dan Amerika Syarikat mula melakukan eksperimen pemindahan rahim ke atas haiwan.

Pada tahun 2000, pemindahan pertama yang melibatkan manusia di dunia dilakukan ke atas seorang wanita rakyat Arab Saudi berusia 26 tahun, namun prosedur itu gagal tiga bulan kemudian dan rahim berkenaan terpaksa dikeluarkan.

Pada 2011 pula, para doktor berjaya menjalankan pemindahan rahim ke atas seorang wanita di Turki. Dua tahun kemudian, sembilan wanita di Sweden berjaya menerima pemindahan rahim-rahim yang didermakan oleh saudara mereka, lapor Xinhua.

Pengarah Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Xijing, Dr Chen Biliang berkata, pemindahan rahim tetap menjadi cabaran perubatan ketika ini.  

Sumber : Agensi berita/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan