Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bangun lebih awal boleh bantu kurangkan risiko kemurungan: Kajian

Bangun sejam lebih awal daripada biasa boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 23 peratus, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Colorado di Institut Boulder dan Broad yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Psychiatry.

Anggaran Waktu Membaca:
Bangun lebih awal boleh bantu kurangkan risiko kemurungan: Kajian

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 02 Jun 2021 10:04PM Dikemas Kini : 02 Jun 2021 10:10PM

NEW YORK: Bangun sejam lebih awal daripada biasa boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 23 peratus, menurut satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Colorado di Institut Boulder dan Broad yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Psychiatry.

Tidur dan mood seseorang nampaknya saling berkaitan. Pada 2018, satu kajian oleh Dr Vetter mendedahkan bahawa kemungkinan mereka yang bangun awal mengalami kemurungan adalah 27 peratus lebih rendah dalam tempoh empat tahun. Dalam kajian baru ini, para penyelidik menjalankan kajian terhadap 840,000 individu.

CORAK TIDUR, BAKA SALING BERHUBUNG KAIT

Menurut penyelidik terdapat golongan individu yang secara semula jadi lebih cenderung bangun awal dan ada yang sering bangun lewat.

Keupayaan kita untuk bangun awal atau lewat sebahagiannya bergantung pada baka masing-masing.

Dalam kajian baru ini, para saintis mengkaji data genetik 840,000 individu.

Dalam kalangan mereka, 85,000 memakai alat pengesan tidur selama tujuh hari dan 250,000 mengisi soal selidik mengenai kecenderungan tidur mereka.

Secara purata, mereka yang dikaji masuk tidur pada pukul 11 malam, bangun pada pukul 6 pagi dan berada pada fasa antara tidur nyenyak dan sedar pada pukul 3 pagi.

Para pengkaji kemudian memadankan dapatan awal ini dengan satu lagi sampel yang meliputi maklumat baka, rekod perubatan, tinjauan diagnos gangguan kemurungan utama, kesemuanya tanpa mendedahkan identiti masing-masing.

Kesimpulannya ialah individu yang secara genetik cenderung untuk "bangun awal" mempunyai risiko kemurungan lebih rendah.

MANFAAT TIDUR AWAL

Setiap sejam lebih awal berada dalam keadaan tidur terlelap dan setengah sedar, dikaitkan dengan kurang risiko mengalami kemurungan sebanyak 23 peratus.

Misalnya, jika seseorang itu lazimnya tidur pada pukul 1 pagi, namun masuk tidur pada pukul 12.00 tengah malam dan bangun pada waktu yang sama, mereka boleh mengurangkan risiko kemurungan sebanyak 23 peratus. Jika mereka masuk tidur pada pukul 11.00 malam, mereka dapat mengurangkan risikonya sebanyak 40 peratus.

Maka itu, para pengkaji menggalak orang ramai supaya tidur "awal". 

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan