Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bandar Seoul terap reka bentuk rumah tradisional pada perhentian bas berteknologi tinggi

Pemerintah bandar Seoul pada Isnin (21 Sep) bercadang membina perhentian bas berteknologi tinggi berdasarkan reka bentuk hanok atau rumah tradisional, lapor agensi berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
Bandar Seoul terap reka bentuk rumah tradisional pada perhentian bas berteknologi tinggi

(Gambar: Agensi berita Seoul)

Diterbitkan : 21 Sep 2020 02:55PM Dikemas Kini : 21 Sep 2020 02:56PM

SEOUL: Pemerintah bandar Seoul pada Isnin (21 Sep) bercadang membina perhentian bas berteknologi tinggi berdasarkan reka bentuk hanok atau rumah tradisional, lapor agensi berita Yonhap.

Reka bentuk berjudul "Keindahan Korea" itu diilhamkan daripada konsep binaan hanok, menurut pemerintah bandar Seoul.

Reka bentuk tersebut dipilih dalam satu undian awam.

Di peringkat awal perhentian bas itu akan dibina di 10 kawasan di Seoul termasuk Sungye Gate dan stesen kereta api Hongik University, bermula bulan depan, sebelum ia diperluaskan ke beberapa kawasan lain pada tahun depan.

Tumbuh-tumbuhan hijau akan ditanam untuk mewujudkan suasana umpama taman dalam bandar manakala perkhidmatan Wi-Fi percuma, pengecas telefon bimbit tanpa wayar dan penyaman udara turut disediakan.

Perhentian bas itu juga dilengkapi ciri keselamatan lebih baik kerana bas akan berhenti pada kedudukan yang tepat melalui teknologi Internet pelbagai benda (IoT) selain pintu penghadang turut dipasang.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan