Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bahaya tidur dalam kereta? Inilah sebabnya

Pernahkah anda berhenti di tepi jalan raya ketika memandu bagi melelapkan mata buat seketika apabila terasa letih?

Anggaran Waktu Membaca:
Bahaya tidur dalam kereta? Inilah sebabnya

Gambar hiasan. (Gambar: Sensasi/Twitter)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 07:46AM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 07:48AM

KUALA LUMPUR: Pernahkah anda berhenti di tepi jalan raya ketika memandu bagi melelapkan mata buat seketika apabila terasa letih?

Ramai di antara kita mungkin akan berhenti di mana-mana pusat perhentian rehat ataupun di tepi jalan raya apabila melakukan perjalanan jauh.

Jika anda mempunyai tabiat tidur dalam kereta, jangan lupa untuk mematikan enjin kereta sebelum melelapkan mata.

Mengapakah harus anda berbuat demikian?

Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta, kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika anda sedang tidur akan meningkatkan risiko mati lemas.

Menurut laporan Astro Awani, ini kerana pengumpulan karbon monoksida (CO) yang disebabkan oleh kebocoran daripada ekzos akan menurunkan paras oksigen di dalam kenderaan.

Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah, sekaligus mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba.

Walaupun anda tidur dengan tingkap kereta dibuka, karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah, menurut laporan Astro Awani.

Kesannya, mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.

Jadi mengapa kita boleh bertahan memandu dengan penghawa dingin terpasang?Jawapannya mudah. Menurut Astro Awani, kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.

Oleh itu, adalah baik jika anda elak daripada tidur di dalam kereta. Jika anda perlu berehat semasa memandu jauh, keluar dari kereta dan carilah tempat yang sesuai. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan