Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bagaimana cara kesan kamera tersembunyi?

Semasa musim cuti sekolah ini, selain memikirkan tentang lokasi menarik, isu keselamatan dan privasi perlu juga diambil kira. Seorang pakar sekuriti siber ditanya berkenaan isu kamera tersembunyi dan cara mengesannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana cara kesan kamera tersembunyi?

Pelbagai perkakas boleh digunakan untuk menyembunyikan kamera kecil dan alat rakaman (Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 17 Jun 2019 11:54PM Dikemas Kini : 17 Jun 2019 11:57PM

KUALA LUMPUR: Apabila keluar bercuti, pasti banyak perkara yang akan bermain di fikiran seperti mencari tempat menarik untuk dilawat atau menyenaraikan aktiviti riadah menarik untuk mengisi jadual.

Selain aktiviti menyeronokkan, isu keselamatan juga tidak boleh diambil ringan, terutamanya di tempat penginapan. Antaranya adalah isu privasi.

Astro Awani menanyakan Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Responsif Keselamatan Siber, CyberSecurity Malaysia, Dr Aswami Fadillah Mohd Ariffin tentang isu kamera tersembunyi yang mungkin boleh mencabuli privasi seseorang dan merakamnya tanpa disedari.

Menurut Dr Aswami, ada dua kategori kamera tersembunyi yang perlu diketahui umum iaitu kamera mudah alih yang sering digunakan untuk intipan dan juga kamera tetap berwayar.

Astro Awani melaporkan, cara untuk mengenal pasti kewujudan kamera mudah alih ialah mengenal pasti sesuatu di luar kebiasaan.

"Untuk kenal pasti kewujudan kamera adalah mengenal pasti sesuatu di luar kebiasaan seperti saiz perkakasan dan kedudukan perkakasan yang berkemungkinan mempunyai kamera mudah alih.

"Antara perkakasan yang sering digunakan ialah butang baju, pen, cermin mata, kunci kereta dan sebagainya," katanya kepada Astro AWANI.

WI-FI, LAMPU SULUH BOLEH KESAN KAMERA TERSEMBUNYI

Cara lain untuk mengesan kamera mudah alih ini ialah melalui pantulan menggunakan lampu suluh bagi mengesan kedudukan kamera tersebut.

Selain itu, alat pengesan frekuensi radio seperti wi-fi juga boleh mengesan kewujudan kamera tersebut kerana kamera mudah alih dihubungkan menggunakan hubungan tanpa wayar.

Bagaimanapun, cara begini tidak berkesan untuk mencari kamera tetap yang dihubungkan menggunakan wayar dan disembunyikan pada perkakas biasa dalam bilik.

Namun satu cara untuk mengesan alat tersembunyi ini adalah menggunakan alat kawalan jauh (remote control) atau aplikasi telefon bijak kerana kamera akan menghasilkan kerdipan LED apabila berinteraksi dengan telefon bijak.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan