Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Bagaimana cara atasi masalah berdengkur?

Salah satu masalah tidur yang sering dialami adalah berdengkur. Ia boleh dialami sesiapa sahaja tetapi banyak dialami oleh para individu yang gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan.

Anggaran Waktu Membaca:
Bagaimana cara atasi masalah berdengkur?

(Gambar fail: Pixabay/Wokandapix)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 12:19PM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 12:21PM

JAKARTA: Salah satu masalah tidur yang sering dialami adalah berdengkur. Ia boleh dialami sesiapa sahaja tetapi banyak dialami oleh para individu yang gemuk atau mempunyai berat badan berlebihan.

Masalah berdengkur tidak sepatutnya dipandang remeh kerana ia boleh menjadi petanda anda mengalami sesuatu penyakit atau masalah kesihatan lain. Antaranya tekanan darah tinggi, sakit jantung, sering rasa lelah dan penyakit serius yang lain.

Berikut adalah antara makanan yang anda boleh makan bagi mengatasi masalah berdengkur:

1. Madu

Bengkak di bahagian kerongkong menyebabkan seorang berdengkur. Ia dapat diatasi dengan menggunakan madu. Ini kerana ia memiliki ciri-ciri anti-inflamasi yang baik untuk merawat bahagian kerongkong anda yang bengkak. Anda boleh mencampurkan madu bersama teh anda dan minumnya sebelum tidur.

2. Ikan dan minyak ikan

Ikan adalah makanan paling mujarab bagi orang-orang yang sering berdengkur. Ikan atau minyak ikan memiliki kandungan asam omega 6 dan omega 3 asam lemak yang mengeluarkan kolesterol baik dan mampu menghentikan pengeluaran kolesterol tidak sihat. Hal ini akan sangat membantu dalam mengurangkan kumpulan lemak di sekitar kerongkong dan saluran hidung serta membersihkan saluran udara anda.

3. Kunyit

Kunyit dapat membantu merawat beberapa penyakit serta kebiasaan berdengkur. Keradangan di bahagian kerongkong anda akan menjadi lega apabila memakan kunyit. Kunyit boleh dicampur dengan makanan, atau ditumbuk sebagai campuran minuman. Selain itu, kunyit juga memiliki sifat antiseptik dan antibiotik.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan