Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Awas! Terlalu banyak makan pedas tingkatkan risiko demensia

Adakah anda penggemar makanan pedas? Mungkin anda pernah dengar mengenai khasiat dari makanan pedas yang mampu turunkan berat badan?

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Terlalu banyak makan pedas tingkatkan risiko demensia

Gambar hiasan (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Aug 2019 07:27PM Dikemas Kini : 07 Aug 2019 12:20AM

JAKARTA: Adakah anda penggemar makanan pedas? Mungkin anda pernah dengar mengenai khasiat dari makanan pedas yang mampu turunkan berat badan? Benarkah demikian?

Satu kajian baru mendapati orang dewasa yang berusia 55 tahun ke atas perlu berhati-hati apabila mengambil makanan pedas, kerana ianya mampu menjejas daya kognitif mereka yakni aktiviti-aktiviti mental seperti berfikir dan menganalisis.

Kajian itu dijalankan oleh Universiti Qatar dengan kerjasama Universiti South Australia sepanjang 15 tahun. Para pengkaji melakukan analisis ke atas lebih 4,500 orang dewasa Cina berumur 55 tahun ke atas. Mereka menyimpulkan bahawa peserta yang sering makan lebih dari 50 gram cili sehari, mengalami penurunan kognitif yang lebih cepat. Kadar penurunan itu lebih cepat pada mereka yang lebih kurus.

Menurut akhbar New York Post, antara ujian yang dilakukan di dalam kajian tersebut termasuk mengira dari belakang, ulang kembali senarai 10 perkataan dan menyelesaikan masalah matematik mudah.

Dr Ming Li dari Universiti South Australia, berkata makan cili amat popular dalam kalangan orang di Asia. Contohnya, di daerah tertentu di China, cili dimakan setiap hari oleh hampir setiap orang dewasa di daerah seperti Hunan dan Sichuan.

Antara jenis cili yang diteliti para pengkaji adalah cili segar dan kering. Kedua-duanya mengandungi capsaicin yang selama ini dianggap sebagai bermanfaat meningkatkan metabolisme dan kesihatan pembuluh darah.

Namun hasil kajian yang dimuatkan dalam jurnal Nutrients ini yang pertama meneliti kesannya pada otak.

Jadi, bukan salah jika ingin makan pedas asal jangan terlalu berlebihan ya!  

Sumber : Agensi berita/HK/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan