Images
  • facial illustration
    Gambar hiasan CNA

Awas! Krim penjagaan kulit yang tidak sesuai boleh akibatkan mata sembab

JAKARTA: Mata kelihatan sembab ketika baru bangun tidur merupakan hal yang wajar.

Bagaimanapun kalau sembabnya keterlaluan, ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang anda lakukan sebelum tidur. Sebagai contoh, memakai krim pelembap dengan cara yang tidak betul.

Bahagian mata memang perlu lembap agar mengelakkan daripada menjadi keriput mahupun "mata panda" atau 'dark circle', tapi menggunakan pelembap wajah di bahagian tersebut bukan hal yang bijak, apalagi jika pelembapnya bertekstur krim yang 'berat'. Jika sudah begitu, tidak hairanlah sekiranya bahagian mata anda menjadi sembab seperti baru bangun tidur.

Bagaimanapun, ini tidak bermakna anda harus berhenti memakai krim. Bahkan yang paling tepat dilakukan adalah menggunakan krim mata; jagaan kulit khusus bahagian mata.

Krim mata mempunyai tekstur yang sesuai digunakan di bahagian mata dan memenuhi keperluan kulit di bahagian tersebut.

Oleh itu, jangan silap dan berpendapat kita tidak memerlukan krim mata dan boleh saja menggunakan pelembap wajah saja. Untuk hasil terbaik, pelembap wajah secara keseluruhan dan bahagian mata memang sebaiknya diasingkan.

- Agensi berita/NA/na

Top