Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Awas! Duduk terlalu lama jadikan tubuh anda ‘stor lemak’

Kajian mendedahkan duduk dalam tempoh lama tanpa melakukan pergerakan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Awas! Duduk terlalu lama jadikan tubuh anda ‘stor lemak’

Gambar fail seorang doktor. (Gambar: AFP/Joe Raedle)

Diterbitkan : 15 Nov 2019 01:09PM Dikemas Kini : 15 Nov 2019 01:12PM

KUALA LUMPUR: Kajian mendedahkan duduk dalam tempoh lama tanpa melakukan pergerakan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Sama ada anda bekerja atau belajar, jangan lupa untuk rehat seketika dan melakukan beberapa pergerakan anggota badan kerana ia antara faktor penting untuk menjaga tubuh anda.

Rutin pekerjaan yang memerlukan anda mengadap komputer seharian antara 'pembunuh senyap' yang memberi kesan jangka masa panjang.

1. Sakit Leher

Ini merupakan kesan pertama yang dialami. Ia sebenarnya sesuatu yang serius dan sentiasa dipandang ringan.

Terlalu memberi fokus kepada skrin komputer menyebabkan leher anda menjadi kebas seterusnya mengundang kepada beberapa komplikasi lain.

Untuk mengelakkan kesakitan di bahagian leher berlaku, pastikan skrin komputer perlu setara dengan tahap pandangan mata.

Postur kedudukan badan juga memainkan peranan penting bagi mengelak sakit di bahagian tulang belakang.

Bagi mengelakkan ia menjadi lebih serius, rehatkan mata dan badan anda beberapa minit selepas dua hingga tiga jam bekerja dengan berjalan atau melakukan latihan pergerakan kepala.

2. Tulang Lemah

Menurut kajian Journal of Bone Mineral, sekiranya anda tidak melakukan sebarang latihan fizikal ia mampu menambah jumlah air dalam tulang.

Jika ia berlaku, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat dengan meminum susu dan makan bayam.

Selain itu, aktiviti fizikal adalah jalan terbaik untuk memastikan tulang anda dapat berfungsi dengan baik.

3. Masalah Insulin

Tanpa sebarang aktiviti pergerakan ia boleh menurunkan fungsi insulin dalam badan.
Jika badan tidak menggunakan insulin yang ada dengan betul, risiko mendapat penyakit diabetes jenis 2 semakin tinggi.

4. Masalah Gemuk

Berdasarkan kajian Exercise and Sport Science Reviews, duduk dalam tempoh lama akan menyebabkan badan anda sebagai 'stor lemak' kerana pembakar lemak enzim lipase lipoprotin akan menurun.

Oleh itu, jalan terbaik adalah lakukanlah beberapa pergerakan yang boleh membantu pengaliran darah dengan baik dan pastikan anda tidak duduk terlalu lama!

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan