Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Australia miliki mutu udara terbersih di dunia

Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di dunia, menurut satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengukur pencemaran udara sekitar di 1,622 lokasi di 92 negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Australia miliki mutu udara terbersih di dunia

Jambatan Pelabuhan Sydney di Australia. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 07:56AM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 08:07AM

BANDAR SERI BEGAWAN: Brunei memiliki kawasan bandar paling kurang pencemaran kedua di dunia, menurut satu kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengukur pencemaran udara sekitar di 1,622 lokasi di 92 negara.

Australia memiliki kawasan bandar paling tidak tercemar, diikuti oleh Brunei dan New Zealand, lapor agensi berita China Xinhua yang memetik media tempatan.

Estonia merupakan negara Eropah paling menonjol, diikuti oleh Finland dan Iceland, menurut akhbar harian Borneo Bulletin pada Isnin (24 Sep), yang memetik laporan WHO.

Kematian berkaitan pencemaran di Brunei adalah antara yang paling rendah dalam kalangan semua negara yang termasuk dalam laporan Suruhanjaya Lancet berkaitan pencemaran dan kesihatan, yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet baru-baru ini.

Lima negara yang menduduki tempat teratas dalam ranking Lancet adalah Brunei, Sweden, Finland, Barbados dan New Zealand.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan