Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Auntie Anne’s di S’pura kini berstatus halal

Wah! Kesemua 8 cawangan Auntie Anne’s di merata Singapura kini mempunyai sijil halal. 

Anggaran Waktu Membaca:
Auntie Anne’s di S’pura kini berstatus halal

(Gambar: Facebook/HalalHub Consultants Pte Ltd)

SINGAPURA: Rangkaian yang menjual roti pretzel dalam pelbagai perisa - Auntie Anne’s - kini diiktiraf halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)!

Ini disahkan oleh HalalHub Consultants Pte Ltd menerusi laman media sosialnya pada lewat Rabu (1 Dis).

“Dengan suka citanya kami ingin memaklumkan semua cawangan Auntie Anne’s di Singapura diiktiraf dengan sijil halal MUIS. Auntie Anne’s mendapat sijil halal mereka selepas melalui proses permohonan yang menarik dan juga mencabar,” menurut HalalHub, yang menawarkan khidmat membantu syarikat-syarikat di sini mendapatkan pensijilan halal.

Catatan media sosial HalalHub turut menukil Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Auntie Anne’s, Cik Olivia Sulaeman, yang berkata: “Kami harap dengan pensijilan halal ini, rakan-rakan Muslim kami dapat menikmati roti pretzel kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pada pegawai MUIS, HalalHub Consultants dan pasukan-pasukan berdedikasi kami di kesemua cawangan kerana menjayakan usaha mendapatkan sijil halal ini.”

Roti pretzel Auntie Anne’s mula bertapak di Singapura sejak lebih 20 tahun lalu dan roti-roti yang diuli dan dibakar di kiosk-kiosknya cukup popular sehingga ia kini mempunyai lapan cawangan merata Singapura.

Roti pretzel yang dijual disediakan dalam 15 perisa berbeza seperti keju, matcha dan cinnamon atau kayu manis. Ia juga menjual minuman dan beberapa jenis snek roti lain.

Anda merancang untuk singgah ke kedai itu nanti?

Auntie Anne’s mempunyai cawangan di Parkway Parade, Plaza Singapura, Nex, Paya Lebar Quarter, Jewel Changi, VivoCity, Northpoint City dan Hab Ang Mo Kio.

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan