Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Asam garam wanita bekerja sebagai penghantar makanan

Ketika Nur Syaza Syazwina memutuskan untuk menjadi seorang penghantar makanan, keluarga dan rakan-rakannya terkejut. "Mereka tidak menyangka saya mengambil keputusan itu. Mereka juga bimbang akan keselamatan saya," kata pelajar separuh masa berusia 21 tahun itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Asam garam wanita bekerja sebagai penghantar makanan

Nur Syaza Syazwina tidak 'kekok' jadi penghantar makanan Deliveroo. (Gambar: Aik Chen/Mediacorp)

Diterbitkan : 09 Mar 2019 03:10PM Dikemas Kini : 09 Mar 2019 03:13PM

SINGAPURA: Ketika Nur Syaza Syazwina memutuskan untuk menjadi seorang penghantar makanan, keluarga dan rakan-rakannya terkejut. "Mereka tidak menyangka saya mengambil keputusan itu. Mereka juga bimbang akan keselamatan saya," kata pelajar separuh masa berusia 21 tahun itu. "Saudara-mara dan rakan-rakan saya bertanya mengapa saya tidak mencari kerja "yang betul" di pejabat."

Oleh itu apakah yang dilakukan Syaza? Beliau tetap dengan keputusannya, mendaftarkan diri untuk belajar memandu motosikal, mendapatkan lesennya lalu mula bekerja sebagai penghantar makanan Deliveroo. Sudah lebih setahun sejak pertama kali beliau 'keliling' Singapura untuk menghantar makanan dan ini dilakukan selama empat jam sehari, sementara beliau mengikuti kursus dalam bidang agama. Baginya, ada banyak pengajaran hidup bekerja dalam industri yang dikuasai kaum Adam. Adalalanya, pengalamannya melucukan.

"Orang ramai biasanya terkejut apabila mereka melihat rider perempuan... Ramai lelaki tidak memakai baju semasa membuka pintu kerana mereka sering berfikir yang menghantar makanan mereka ialah lelaki.

"Tetapi, sebaik sahaja mereka menyedari seorang wanita yang menghantar makanan, mereka akan cuba menutup badan mereka," cerita Syaza.

"Namun baru-baru ini, saya bertemu dengan seorang wanita ini yang enggan keluar untuk mendapatkan makanannya. Saya menelefonnya, dan apabila dia mendengar suara saya, dia berkata: 'Oh, anda perempuan!' Barulah dia membuka pintu. Tetapi dia tidak berpakaian lengkap - saya rasa dia sedang salin baju, sedang siap-siap untuk keluar."

Syaza tertawa semasa menceritakan tentang pengalamannya itu. Beliau selanjutnya berkata bahawa ramai wanita lanjut usia juga terkejut melihat seorang perempuan sebagai penghantar makanan Deliveroo.

"Saya masih memakai topi keledar bila tiba di rumah mereka untuk menghantar makanan. Sesetengah daripada mereka sangka saya hanya menumpang motosikal dan cuma membantu menghantar makanan," jelasnya.

(Gambar: Aik Chen/Mediacorp)

(Gambar: Aik Chen/Mediacorp)

Remaja itu juga dengan berseloroh menceritakan kebingungannya apabila sesetengah pelanggan memesan makanan walaupun kedai makanan terletak hanya bersebelahan rumah mereka.

"Tapi saya gembira kerana dapat jimat masa. Pernah, saya mengambil makanan daripada penjual makanan dan kemudian menghantarnya ke blok sebelah. Saya tak perlu menunggang motosikal saya pun. Saya hanya jalan. Pernah sekali juga seseorang memesan makanan dari pusat beli-belah tempat dia berada. Pelik. Tapi mungkin kerana ada promosi tertentu."

Pelanggan di Singapura, kata Syaza, tidak 'lokek' beri tip. Malah, beliau pernah diberi tip sebesar S$10.

"Dalam sebulan saya akan dapat hingga dua tip. Biasanya antara S$2 hingga S$5."

Menceritakan lebih lanjut, pekerjaannya juga membuatnya mengenal beberapa penduduk di kawasan beliau ditugaskan. Beliau juga mempunyai beberapa pelanggan tetap yang akan meninggalkan nota di depan pintu untuk memintanya meninggalkan makanan di pintu.

"Ada juga yang cuba mendapatkan makanan percuma. Saya mempunyai beberapa pelanggan yang akan membuat aduan dan mendakwa mereka tidak menerima makanan walaupun saya baru sahaja menghantar makanan itu ke depan pintu mereka.

"Pejabat kemudian akan menelefon saya untuk membuat pengesahan. Saya hanya akan memberitahu mereka perkara sebenar dan mereka yang akan menguruskannya. Ini berlaku beberapa kali."  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan