Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

% Arabica buka cawangan kedua di Holland Village

Usaha sama kopi artisanal % Arabica dari Kyoto bakal membuka cawangan keduanya di Singapura dekat Chip Bee Gardens, Holland Village. Sekali gus, ia menyertai cawangan pertama rangkaian itu yang terletak di Arab Street.

Anggaran Waktu Membaca:
% Arabica buka cawangan kedua di Holland Village

(Gambar: TODAYonline)

Diterbitkan : 16 Apr 2019 10:33PM Dikemas Kini : 16 Apr 2019 10:35PM

SINGAPURA: Usaha sama kopi artisanal % Arabica dari Kyoto bakal membuka cawangan keduanya di Singapura dekat Chip Bee Gardens, Holland Village. Sekali gus, ia menyertai cawangan pertama rangkaian itu yang terletak di Arab Street.

Menurut pengurus jenama dan stor Arabica SG Shafi Sulaiman, 31 tahun, cawangan pertama tersebut bakal membuka pintunya kepada orang ramai dalam masa tiga hingga empat minggu lagi.

Tarikh pembukaannya ditangguhkan sebulan kerana terdapat kerumitan dalam kerja-kerja binaan. Sementara itu, tarikh pembukaan bagi cawangan di Holland Village pula masih belum ditentukan.

% Arabica diasaskan di Kyoto pada September 2014 oleh seorang pemilik ladang kopi dan pengedar mesin kopi, Kenneth Shoji, yang berganding bahu dengan juara dunia dalam seni latte, Junichi Yamaguchi. Junicihi kini ketua barista sejagat bagi jenama tersebut.

Sejak itu, % Arabica mula menjadi terkenal di seluruh dunia kerana kopinya, dibancuh menggunakan biji-biji kopi yang dipanggang segar di kedai-kedai yang direka bentuk indah.

Kini, terdapat 34 kedai % Arabica di 10 negara termasuk Jerman, Perancis, Hong Kong serta - yang bakal dibuka kelak - di Kanada, Malaysia dan Britain.

Shafi berkongsi Arabica SG merancang untuk membuka sekitar enam cawangan dalam masa dua hingga tiga tahun akan datang di sini.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan