Images
  • apple tv
    Logo Apple TV+. (Gambar: Tony Avelar/AP Photo). 

Apple TV+ dilancar di S'pura pada S$6.98 sebulan Nov ini

CUPERTINO: Apple pada Selasa (10 Sep) mengumumkan perincian mengenai khidmat penstirman televisyennya yang berharga S$6.98 sebulan, lebih rendah berbanding Disney dan Netflix.

Pengumumkan itu dibuat di acara pemasaran terbesar syarikat berkenaan di mana ia mendedahkan produk-produk utamanya bagi tahun akan datang. Acara itu juga menampilkan sisi agresif Apple yang sudah bersedia untuk bertarung pesaingnya dalam pasaran dari segi harga produk.

Khidmat penstriman televisyen Apple TV+ yang sudah lama dinanti-nantikan bakal menemui para pengguna di lebih 100 negara termasuk Singapura mulai November ini.

Syarikat itu menyatakan Apple TV+ akan menawarkan barisan rancangan, filem dan siri dokumentari asli yang hebat lagi berinspirasi. Ini termasuk The Morning Show, Dickinson, See, For All Mankind dan The Elephant Queen.

Khidmat tersebut akan disediakan di aplikasi Apple TV dalam iPhone, iPad, Apple TV, iPod touch, Mac dan wadah-wadah lain termasuk secara online di laman https://tv.apple.com/sg pada harga S$6.98 sebulan dengan langganan tujuh hari secara percuma.

Apple menyatakan bermula secara serta-merta, para pelanggan termasuk mereka di Singapura yang membeli mana-mana produk iPhone, iPad, Apple TV, iPod touch atau Mac akan mendapat langganan Apple TV+ percuma selama setahun.  

- REUTERS/FZ/fz

Top