Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple tarik balik plag dinding ekoran risiko 'renjatan elektrik'

Syarikat teknologi Apple mengumumkan langkah menarik balik plag tiga-pin yang digunakan di Hong Kong, Singapura dan United Kingdom.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple tarik balik plag dinding ekoran risiko 'renjatan elektrik'

(Gambar: Apple)

Diterbitkan : 25 Apr 2019 11:59PM Dikemas Kini : 26 Apr 2019 12:02AM

SINGAPURA: Syarikat teknologi Apple mengumumkan langkah menarik balik plag tiga-pin yang digunakan di Hong Kong, Singapura dan United Kingdom.

Dalam kes-kes yang jarang berlaku plag tersebut boleh pecah dan menimbulkan risiko renjatan elektrik jika seseorang tersentuh bahagian besi yang terdedah, menurut kenyataan syarikat itu pada Khamis (25 Apr). Apple menyatakan pihaknya maklum tentang enam kes seumpamanya di merata dunia.

Langkah tersebut menjejas plag-plag yang dikeluarkan serentak dengan komputer Mac dan sesetengah peranti iOS antara tahun 2003 dengan 2010. Ia juga menjejas plag yang disertakan dalam Apple World Travel Adapter Kit.

Plag yang terjejas berwarna putih pada permukaannya tanpa sebarang abjad di bahagian dalamnya, menurut syarikat itu. Plag baru yang tidak terjejas berwarna putih dengan bahagian dalamnya berwarna kelabu.

"Oleh kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami, Apple meminta agar para pelanggan berhenti menggunakan plag yang terjejas. Mereka boleh lungsuri www.apple.com/sg/support/three-prong-ac-wall-plug-adapter bagi maklumat lanjut untuk menukarkannya dengan adaptor baru," menurut syarikat itu.

Penukaran plag adalah percuma. Tambah Apple, langkah tersebut tidak menjejas penyesuai (adaptor) kuasa USB.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan