Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple mahu tanda dagang ciri 'slofie' iPhone 11

Sekiranya anda fikir istilah "slofie" hanyalah jenaka gergasi teknologi Apple semata-mata, syarikat itu sudahpun memohon untuk tanda dagangan ke atas nama ciri 'selfie' dalam bentuk video gerakan perlahan itu yang terdapat pada iPhone 11.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple mahu tanda dagang ciri 'slofie' iPhone 11

iPhone 11. (Gambar: Justin Sullivan/Getty Images/AFP)

Diterbitkan : 19 Sep 2019 01:55PM Dikemas Kini : 19 Sep 2019 02:44PM

AMERIKA SYARIKAT: Sekiranya anda fikir istilah 'slofie' hanyalah jenaka buatan gergasi teknologi Apple semata-mata, syarikat itu sudahpun memohon untuk tanda dagangan ke atas nama ciri 'selfie' dalam bentuk video gerakan perlahan itu yang terdapat pada iPhone 11. Ini menurut satu dokumen yang difailkan bersama Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat minggu ini, lapor CNET.

Banyak reaksi awal kepada ciri 'slofie' itu berbentuk negatif meskipun pada hakikatnya iPhone 11 belum lagi diedarkan. Namun, permohonan bagi tanda dagangan menunjukkan bahawa Apple tetap akan menggunakan nama 'slofie' yang diterangkannya dalam pemfailan itu sebagai "perisian komputer yang boleh dimuat turun untuk kegunaan memetik dan merakam video."

Tanda dagangan kemungkinan bertujuan untuk mengelakkan syarikat lain daripada menjenamakan ciri-ciri kamera mereka sendiri dengan istilah 'slofie' kerana ciri tersebut kini eksklusif kepada iPhone 11, lapor The Verge pada Rabu (18 Sep).

Apple tidak memberikan respons segera apabila diminta untuk mengulas berhubung perkara itu.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan