Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple lancar iPad baru; ambil kesempatan permintaan kian meningkat di tengah pandemik

Apple pada Selasa (20 Apr)melancarkan iPad yang lebih hebat, dengan keupayaan 5G, sekali gus mengambil kesempatan daripada minat yang meningkat terhadap tablet serta aturan bekerja dari rumah dan permainan komputer di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple lancar iPad baru; ambil kesempatan permintaan kian meningkat di tengah pandemik

iMac dan iPad Pro baru yang dilancarkan 20 Apr 2021 (Gambar: Apple)

Diterbitkan : 21 Apr 2021 02:25PM Dikemas Kini : 21 Apr 2021 02:31PM

SAN FRANCISCO: Apple pada Selasa (20 Apr)melancarkan iPad yang lebih hebat, dengan keupayaan 5G, sekali gus mengambil kesempatan daripada minat yang meningkat terhadap tablet serta aturan bekerja dari rumah dan permainan komputer di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Gergasi teknologi yang berpangkalan di California itu juga memperkenalkan rangkaian komputer iMac yang direka semula dengan penampilan yang lebih canggih dan lebih hebat, hasil cip M1 buatan sendiri.

Cip M1 juga digunakan untuk tablet baru iPad Pro yang dilancarkan pada acara yang disiarkan dari ibu pejabat Apple, di mana syarikat itu mengumumkan pelbagai peningkatan dan khidmat baru.

Naib Presiden Kanan Apple Greg Joswiak berkata cip M1 akan membolehkan "peningkatan prestasi yang sangat ketara ... semuanya dalam genggaman pengguna."

Model iPad baru menjadi tumpuan utama acara tersebut setelah komputer tablet menjadi semakin terkenal sejak setahun yang lalu.

Penjualan tablet di seluruh dunia berjaya mengubah trend yang mengalami kemerosotan sebelum ini, yang mencatat peningkatan 13.6 peratus sepanjang setahun lalu, menurut firma penyelidikan IDC, dengan Apple menguasai sepertiga pasaran.

iPad Pro baru mempunyai paparan yang lebih baik, sambungan yang lebih baik ke aksesori luaran dan model selular pula akan dilengkapi dengan khidmat 5G, menurut Apple.

Peranti itu akan dijual pada harga AS$799 (S$1,062) di Amerika Syarikat bagi model 11 inci dan AS$1,099 (S$1,461) untuk peranti 12.9 inci.

Di tengah-tengah aturan bekerja dari rumah, "Apple telah menyaksikan kebangkitan semula pertumbuhan bagi iPadnya ... meraih pertumbuhan 40 peratus sepanjang beberapa suku yang lalu berbanding setahun lalu dengan semakin ramai pekerja/pelajar semakin tertarik dengan iPad," kata Daniel Ives di Wedbush Securities.

iMac semua-dalam-satu yang baru juga lebih tipis dan dilengkapi dengan ID cap jari dan kamera resolusi tinggi yang dapat disaksikan pada peranti-peranti mudah alih Apple.

Apple juga melancarkan peranti "Air Tag" yang boleh dilekatkan pada barang-barang untuk membantu pemilik mencarinya, dan ia turut mengumumkan warna ungu baru bagi iPhone 12.

Syarikat itu juga mengumumkan ia akan mula menawarkan langganan podcast, sekali gus meningkatkan persaingan dengan Spotify.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan