Images
  • airpod apple
    AirPods Pro, yang terbaru daripada Apple, adalah versi dipertingkat fon telinga tanpa wayar premium. (Gambar: Apple)

Apple lancar AirPods Pro pada harga S$379

SINGAPURA: Apple pada Isnin (28 Okt) melancarkan Apple AirPods Pro iaitu versi dipertingkat fon telinga tanpa wayar premium dengan ciri baru penapisan bunyi aktif.

Bernilai AS$249, Apple menyatakan, penghantaran fon telinga tersebut akan bermula esok (30 Okt). Syarikat itu menambah AirPods baru itu kalis air dan peluh. Peranti berkenaan akan dijual pada harga S$379 di kedai-kedai online Apple di Singapura.

Syarikat tersebut sedang dalam proses mengurangkan unit alat pakai dan perkhidmatannya untuk meningkatkan pendapatan kerana ia berdepan penjualan iPhone yang lembab sejak beberapa suku yang lalu. 

- REUTERS/FZ/fz

Top