Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple jangka dedahkan iPhone 11 pada acara 10 Sep

Apple sudah mengeluarkan undangan pada Khamis (29 Ogos) untuk satu acara pada 10 September di kampus Silicon Valley di mana gergasi teknologi itu dijangka akan mendedahkan generasi iPhone seterusnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple jangka dedahkan iPhone 11 pada acara 10 Sep
Diterbitkan : 30 Aug 2019 11:08AM Dikemas Kini : 30 Aug 2019 11:12AM

SAN FRANCISCO: Apple sudah mengeluarkan undangan pada Khamis (29 Ogos) untuk satu acara pada 10 September di kampus Silicon Valley di mana gergasi teknologi itu dijangka akan mendedahkan generasi iPhone seterusnya.

Seperti biasa, Apple tidak mahu mendedahkan lebih banyak butiran tentang pelancaran yang bakal menjadi tumpuan utama di Teater Steve Jobs di ibu pejabatnya di bandar Cupertino.

Selama bertahun-tahun, Apple sudah menghoskan acara-acara pada musim luruh untuk melancarkan model-model baru iPhone menjelang musim beli-belah cuti Krismas.

iPhone 11 dijangka akan didedahkan sedang pasaran telefon bijak sejagat semakin sengit, dengan Apple mengalihkan tumpuannya kepada penjualan kandungan dan khidmat digital kepada para peminat perkakasannya.

iPhone baru dijangka dilengkapi dengan beberapa peningkatan ketara termasuk kuasa pemprosesan dan keupayaan kamera yang lebih canggih, namun tiada perubahan atau tawaran yang radikal pada rangkaian 5G yang sedang dibentuk sekarang.

Apple bulan lalu (Jul 2019) meraih hasil pendapatan yang lebih kukuh daripada yang dijangkakan bagi suku tersebut, yang dirangsang oleh pertumbuhan pada penjualan khidmatnya yang membantu mengimbangi penjualan iPhone yang lemah.

Ketua Eksekutif Tim Cook berkata syarikat itu meraih hasil pendapatan paling lumayan bagi suku pertama, dipacu oleh pendapatan paras rekod daripada khidmatnya, pertumbuhan yang kian meningkat bagi barangan yang boleh dipakai (seperti jam tangan Apple), prestasi mantap daripada iPad dan Mac serta peningkatan yang ketara pada trend iPhone.

Pendapatan keseluruhan iPhone, yang sebelum ini penyumbang terbesar kepada pendapatan Apple, jatuh 12 peratus kepada AS$26 bilion (S$36 bilion) berbanding tahun lalu.

Persaingan dalam pasaran telefon bijak premium itu bertambah sengit dan penjualan secara keseluruhannya menjadi lemah disebabkan kekurangan daya inovasi yang menarik. Ini menyebabkan orang ramai lebih rela menunggu lebih lama sebelum membeli model baru. 

Sumber : CNA/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan