Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apple dijangka lancar iPhone pertama dengan 1TB; reka bentuk baru iPad Mini & Watch 7

Menjelang pengumuman oleh gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple, yang dijangkakan pada Selasa (14 Sep), seorang penganalisis mengeluarkan ramalannya bagi telefon terbaru iPhone 13 Pro dan Pro Max: ia akan dilengkapi dengan konfigurasi simpanan sehingga 1TB.

Anggaran Waktu Membaca:
Apple dijangka lancar iPhone pertama dengan 1TB; reka bentuk baru iPad Mini & Watch 7

Logo Apple. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2021 01:28PM Dikemas Kini : 13 Sep 2021 01:29PM

AMERIKA SYARIKAT: Menjelang pengumuman oleh gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple, yang dijangkakan pada Selasa (14 Sep), seorang penganalisis mengeluarkan ramalannya bagi telefon terbaru iPhone 13 Pro dan Pro Max: ia akan dilengkapi dengan konfigurasi simpanan sehingga 1TB.

Demikian menurut penganalisis Kuo Ming-Chi yang ditukil oleh laman teknologi, The Verge.

Kuo juga dipetik sebagai berkata bahawa iPhone 13 dan iPhone 13 mini akan dilengkapi dengan konfigurasi simpanan 128GB, 256GB serta 512GB dan bukan lagi 64GB.

Kuo juga menjangkakan Apple akan mengumumkan AirPods 3 semasa acara yang bakal berlangsung pada Selasa, sambil terus menawarkan AirPods 2.

The Verge turut menukil Kuo yang berpendapat bahawa iPhone 13 mungkin terjejas oleh kekurangan rantaian bekalan seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini dan beliau juga menjangkakan mungkin akan ada kesan terhad pada penghantaran telefon tersebut.

Kuo adalah seorang penganalisis dari TF International Securities, sebuah kumpulan khidmat kewangan di rantau Asia Pasifik. Menurut laman macrumors.com, beliau menyandarkan laporannya berdasarkan maklumat risikan daripada para kenalan di rantaian bekalan Apple di Asia.

Oleh kerana beliau kerap membuat ramalan yang agak tepat tentang Apple, Kuo menerima jolokan Penganalisis Apple Paling Tepat di Dunia daripada laman-laman teknologi, menurut 9to5mac.com.

Menurut The Verge, pembocoran maklumat dan khabar angin yang tersebar sebelum ini membayangkan iPhone 13 akan merangkumi empat model dalam saiz sama seperti model tahun lalu.

Telefon bijak itu dijangka akan mempunyai kamera yang lebih baik, dilengkapi antaranya dengan mod 'astrophotography' dan kanta ultra-lebar lebih baik.

Turut menjadi sebut-sebutan adalah Apple Watch 7, yang dijangka mempunyai akan pemproses lebih pantas dan reka bentuk yang baru, termasuk paparan skrin lebih luas. iPad Mini juga dijangka akan direka semula bentuknya, lapor The Verge.

Acara pelancaran itu akan diadakan pada 14 September dan penstrimannya akan dilakukan dari Apple Park. 

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan