Images
  • changi apple
    (Gambar: Apple)

Apple buka gedung kedua S'pura di Jewel

SINGAPURA: Apple akan membuka gedungnya yang kedua di Singapura Julai ini, menurut syarikat gergasi teknologi tersebut hari ini (28 Jun).

Terletak di Jewel Lapangan Terbang Changi, gedung itu dijadual dibuka pada 13 Julai pada 10.00 pagi, lebih dua tahun selepas gedung pertama dilancarkan di Orchard Road.

Bagaimanapun tiada maklumat lain diberikan termasuk saiz gedung di Jewel. Sungguhpun demikian, para pengunjung boleh menjangkakan peluang untuk meninjau-ninjau produk terbaru Apple dan mendapatkan nasihat dan sokongan teknikal di sana.

Gedung tersebut juga akan menawarkan program Today at Apple - sesi amali harian berhubung penggunaan produk Apple bagi tujuan mengambil gambar dan membuat rakaman video - dengan sekurang-kurangnya satu program eksklusif diatawarkan di Jewel Lapangan Terbang Changi.

Bulan depan, para pelanggan boleh mendaftar bagi acara 500m Photo Walk: The Magic of Jewel Changi Airport.

Semasa sesi tersebut, para peserta boleh mendapatkan tips mengenai bagaimana untuk menggunakan Panorama, Live Photos dan Burst untuk memetik gambar daya tarikan utama di Jewel termasuk taman dalam bangunan dan air terjun buatan setinggi 40 meter.

Semasa pelancaran gedung pertama di Orchard Road, lebih 200 orang beratur di pusat beli-belah Knightsbridge seawal 5.00 pet 

- CNA/TQ/tq

Top