Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

App audio sosial Clubhouse tidak lagi ditawarkan atas undangan; kini dibuka kepada umum

Aplikasi audio langsung Clubhouse sudah menggugurkan sistem undangannya supaya sesiapa sahaja boleh menyertai platform berkenaan, umum wadah tersebut pada Rabu (21 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
App audio sosial Clubhouse tidak lagi ditawarkan atas undangan; kini dibuka kepada umum

Gambar fail ikon aplikasi Clubhouse. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 22 Jul 2021 11:03AM Dikemas Kini : 22 Jul 2021 11:11AM

NEW YORK: Aplikasi audio langsung Clubhouse sudah menggugurkan sistem undangannya supaya sesiapa sahaja boleh menyertai platform berkenaan, umum wadah tersebut pada Rabu (21 Jul).

Aplikasi sosial itu, yang menyaksikan pertumbuhan yang mendadak semasa pandemik COVID-19, sebelum ini memerlukan individu untuk dijemput oleh pengguna sedia ada atau meminta untuk menyertai senarai menunggu sebelum dapat menggunakan aplikasi itu.

Dalam satu catatan blog, Clubhouse menjelaskan pihaknya memang merancang untuk membuka aplikasi itu kepada umum tetapi sistem undangan itu adalah satu cara untuk mengawal jumlah pengguna.

Clubhouse kini berdepan dengan persaingan baru daripada syarikat-syarikat media sosial, termasuk Facebook, Twitter, dan juga syarikat penstriman Spotify, yang melancarkan khidmat sembang audio yang serupa.

"Kami sedia malum tentang pasang surut industri ini sedang kami berusaha untuk mengembangkan operasi kami dan persaingan dari rangkaian-rangkaian besar juga sengit," tulis syarikat itu dalam catatan blog tersebut.

Menurut Clubhouse, ia sudah menambah 10 juta orang sejak ia dilancarkan pada sistem Android pada Mei. Unjuran firma analitik Sensor Tower mendapati aplikasi itu berjaya meraih sekitar 7.8 juta muat turun global pada Jun, meningkat daripada 3.7 juta pada bulan sebelumnya.

Syarikat itu, yang turut mendedahkan bahawa pasukannya sudah berkembang sejak Januari dari 8 kepada 58 anggota, melancarkan ciri pesanan langsung pada minggu lalu.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan