Images
  • ezi app
    Aplikasi 'ezi' menawarkan ciri-ciri interaktif, khidmat pengumpulan barang dari rumah untuk dikitar semula.

Aplikasi 'ezi' dilancar bantu penduduk kitar semula

SINGAPURA: Anda kurang pasti cara-cara kitar semula yang betul?

Kini anda tidak perlu gusar lagi kerana sudah ada satu aplikasi telefon bijak mengenainya.

Aplikasi 'ezi' itu akan membantu menaikkan lagi kadar amalan kitar semula serta kesedaran masyarakat mengenai cara-cara yang betul untuk melakukannya.

'Ezi' dilancarkan oleh Menteri Negara Kanan Sekitaran dan Sumber Air, Dr Amy Khor di Kampung Admiralty hari ini (10 Nov).

Ia dihasilkan oleh Sembcorp Industries dan Politeknik Republic.

Selain ciri-ciri interaktif, aplikasi tersebut turut menawarkan khidmat pengumpulan barang dari rumah untuk dikitar semula.

Bagi setiap pengumpulan yang berjaya pula, pengguna akan diberi ganjaran.

Buat masa ini, ia hanya terhad kepada kawasan Woodlands.

Menurut Sembcorp, syarikatnya akan mempergiatkan lagi usahanya dalam mendampingi masyarakat melalui kerjasama dengan sekolah-sekolah dan syarikat-syarikat.

Aplikasi 'ezi' boleh dimuat turun menerusi Apple Store dan Google Play. 

- CNA/SY/ha

Top