Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Apakah risiko virus korona tersebar melalui barangan import?

 Virus korona baru atau COVID-19 yang menular di seluruh dunia sekarang ini bukan sahaja mewujudkan kebimbangan tentang apakah tanda-tanda jangkitan yang harus diperhati, malah muncul juga persoalan sama ada ia boleh merebak menerusi pembelian online terutamanya dari tanah besar China.

Anggaran Waktu Membaca:
Apakah risiko virus korona tersebar melalui barangan import?

Pekerja Zalora menyusun bungkusan para pelanggan mengikut tempat penghantaran di gudang syarikat itu dekat Selangor, Malaysia. (Gambar hiasan: Najeer Yusof/TODAY)

Diterbitkan : 07 Mar 2020 02:47PM Dikemas Kini : 07 Mar 2020 02:49PM

JAKARTA: Virus korona baru atau COVID-19 yang menular di seluruh dunia sekarang ini bukan sahaja mewujudkan kebimbangan tentang apakah tanda-tanda jangkitan yang harus diperhati, malah muncul juga persoalan sama ada ia boleh merebak menerusi pembelian online terutamanya dari tanah besar China.

Pertama sekali, perlu difahami bagaimana virus korona itu dijangkiti oleh manusia.

CARA PENULARAN COVID-19

Lambakan maklumat mengenai virus korona tersedia di alam maya sehingga ia menimbulkan banyak spekulasi berkaitan cara penularannya.

COVID-19 mempunyai struktur dan penularan yang lebih kurang sama dengan virus korona lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV.

Ia boleh dijangkiti melalui titisan udara (bersin dan batuk) mahupun sentuhan dengan individu berjangkit serta tinja atau fomit (objek yang tercemar oleh kuman berjangkit).

Individu akan mudah dijangkiti jika tidak memakai alat perlindungan seperti pelitup muka. Namun setakat ini, kebanyakan mereka yang dijangkiti oleh virus tersebut sudah dikuarantin bagi mencegah penularan.

BOLEH DAPAT JANGKITAN DARIPADA BARANGAN DIIMPORT?

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan risiko penyebaran virus jika anda membeli barangan dari Taobao, salah satu syarikat perniagaan yang terkenal di China.

Jika dilihat pada virus korona yang lain seperti SARS-CoV dan MERS-CoV, tempoh hayat virus itu untuk berada di luar badan hanyalah beberapa jam. Sementara itu, barangan yang ditempah dari China kebiasaannya sampai ke Singapura dalam tempoh sekurang-kurangnya 24 jam.

Jika virus SARS-CoV adalah contoh, virus ini hanya boleh hidup di luar badan dalam tempoh beberapa jam dan sehingga empat hari. Seperti kebanyakan mikroorganisma, virus ini memerlukan persekitaran yang lembap dan basah untuk hidup lebih lama.

Jika individu yang membungkuskan produk untuk dihantar ke destinasi anda bersin sekalipun, risiko untuk anda mendapat jangkitan adalah sangat rendah.

KAITAN ANTARA VIRUS KORONA DENGAN BARANGAN DIIMPORT

Urusan beli-belah online amat popular kini dan China merupakan antara pembekal barangan online terbesar di dunia.

Ia bukan sahaja menjalankan urusan eksport bagi barangan peribadi yang dibeli oleh individu, malah juga produk berskala besar yang melibatkan urusan jual beli negara.

Setakat ini, tiada laporan rasmi daripada badan kesihatan global seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyatakan bahawa individu yang membeli barangan dari China berisiko untuk mendapat jangkitan.

Setiap kes positif luar dari China yang dilaporkan adalah sama ada mereka mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan dan daerah berdekatan mahupun negara-negara yang terjejas atau bersentuhan secara langsung dengan individu yang berjangkit.

Masih tiada lagi rekod jangkitan disebabkan oleh barangan online yang dibeli dari China. Malah, pihak berkuasa China sudahpun mengumumkan bahawa mereka akan menangguhkan jadual penghantaran dan membuat pembasmian kuman sebanyak dua kali bagi memastikan barangan tersebut betul-betul bebas daripada virus korona.

Maka itu, jangan mudah terpedaya dengan maklumat tidak berasas yang disebarkan online berkenaan cara penularan virus korona. Produk yang akan dieksport keluar dari China terutamanya Wuhan akan melalui proses pembasmian kuman sebanyak dua kali.

Jika tiada proses tersebut sekalipun, kemungkinan anda mendapat jangkitan adalah rendah. Ini memandangkan persekitaran luar badan manusia bukanlah habitat ideal buat virus korona. 

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan