Skip to main content

Iklan

Iklan

Hiburan

Andy Samberg dan Sandra Oh hos Golden Globes 2019

Jika majlis anugerah Oscar tahun depan akan dihoskan oleh Kevin Hart, acara Golden Globes pula akan dihoskan oleh Andy Samberg dan Sandra Oh.

Anggaran Waktu Membaca:
Andy Samberg dan Sandra Oh hos Golden Globes 2019

Sandra Oh and Andy Samberg akan hoskan acara Golden Globes. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Dec 2018 09:42AM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 01:18AM

AMERIKA SYARIKAT: Jika majlis anugerah Oscar tahun depan akan dihoskan oleh Kevin Hart, acara Golden Globes pula akan dihoskan oleh Andy Samberg dan Sandra Oh.

Para penerbit pada Rabu (5 Dis) mengumumkan bahawa kedua-duanya, masing-masing pelakon dari drama Brooklyn Nine-Nine dan Grey's Anatomy, akan berkongsi pentas untuk mengacarakan majlis anugerah itu pada 6 Jan.

"Sandra dan Andy ialah pilihan tepat untuk menghoskan acara berprestij ini," menurut Paul Telegdy dan George Cheeks, pengerusi bersama NBC Entertainment. "Mereka akan menampilkan telatah lucu, menawan dan penuh gaya dalam ruang yang dipenuhi dengan barisan penggiat filem dan televisyen yang terbaik. Ia pastinya akan menjadi satu lagi malam yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan."

Oh merupakan pengacara Golden Globes pertama dari Asia. Beliau pernah memenangi anugerah tersebut bagi Grey's Anatomy pada 2006. Tahun ini, beliau juga pelakon Asia pertama dicalonkan untuk anugerah Emmy bagi peranan utama dalam drama bersiri Killing Eve.

Sementara itu, Samberg merupakan pemenang sebanyak dua kali bagi komedi Brooklyn Nine-Nine. Beliau juga mengacarakan Anugerah Emmy pada 2016.

Ini kali pertama sepasang hos akan mengacarakan bersama anugerah tersebut sejak Tina Fey dan Amy Poephle mengacarakannya tiga kali berturut-turut, dari 2013 hingga 2015. Pengacara-pengacara sebelum ini termasuk Seth Meyers, Jimmy Fallon dan Ricky Gervais.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan