Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda masih cari jodoh? Cuba iklankan di Facebook seperti lelaki ini

Bagi pembaca yang bujang dan masih mencari jodoh, kami ingin sarankan cara mendapatkan pasangan yang mungkin tidak konvensional tetapi berkesan … sekurang-kurangnya untuk seorang lelaki di Nigeria.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda masih cari jodoh? Cuba iklankan di Facebook seperti lelaki ini

Gambar: Facebook

Diterbitkan : 28 Feb 2018 10:07PM Dikemas Kini : 28 Feb 2018 10:26PM

ENEGU, NIGERIA: Bagi pembaca yang bujang dan masih mencari jodoh, kami ingin sarankan cara mendapatkan pasangan yang mungkin tidak konvensional tetapi berkesan … sekurang-kurangnya untuk seorang lelaki di Nigeria.

Jejaka beruntung yang bernama Chimmida Amedu itu diijab kabul dengan pasangannya, Sophy Iljeoma hanya seminggu selepas memuat naik sebuah iklan mencari jodoh di Facebook!

Malah, beliau mendakwa bahawa iklan itu sebenarnya hanya satu gurauan, menurut laporan Evening Standard.

(Gambar: Petikan Facebook)

(Gambar: Petikan Facebook)

Ia berbunyi: “Saya sudah mencapai usia dan bersedia untuk berkahwin serta tidak mahu membuang masa. Hantarkan permohonan anda – individu yang paling layak akan berkahwin dengan saya pada 6 Januari 2018. Permohonan ditutup tepat pada 12.00 malam, 31/12/2017.”

Tidak disangka, catatan itu dijawab Iljeoma pada 30 Disember dengan berkata: “Saya berminat, DM (hantar pesanan peribadi kepada saya)…”

Gadis berkenaan juga sebetulnya hanya bergurau apabila menjawap iklan Amedu. Bagaimanapun kemesraan terjalin sebaik Amedu membalas pesanannya di Facebook dan terus menelefon Iljeoma .

Meskipun mereka tinggal 300 batu jauhnya antara satu sama lain, Amedu sanggup meninggalkan rumahnya di ibu kota Abuja untuk ke bandar di bahagian selatan, Enegu, di mana calon isterinya berada.

Selepas berbual-bual selama dua jam, Amedu membawa Iljeoma bertemu dengan pakciknya untuk mendapatkan restu beliau. Ini merupakan salah satu adab penting dalam budaya penduduk Nigeria. Beliau kemudian memohon restu abang Iljeoma.

Akhbar Evening Standard melaporkan bahawa pasangan itu berkahwin pada tarikh yang dijanjikan iaitu 6 Januari 2018 dan merancang untuk mengadakan sebuah majlis di gereja pada hujung tahun ini.

Tarian tradisional yang dipersembahkan pasangan pengantin. 

(Tarian tradisional yang dipersembahkan  pengantin)

Perkahwinan mereka itu mencetus pelbagai reaksi di Facebook. Sesetengah pihak mengucapkan tahniah kepada pasangan suami isteri itu dengan ada yang menampalkan semula iklan Amedu di Facebook mereka sendiri dengan harapan dapat juga bertemu jodoh.

Ada pula yang mengkritik perkahwinan itu kerana berlaku terlalu pantas, kata Amedu kepada Evening Standard.

Namun, katanya: “Perasaan kasih dan sayang kami semakin kuat hari demi hari . Membaca komen-komen daripada individu-individu yang berkata bahawa perkahwinan ini tidak akan berpanjangan hanya mendorong kami untuk terus kekal bersama hingga selamanya.” 

Sumber : Agensi berita/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan