Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda gemar 'bubbletea'? Kongsi minuman itu secara maya

Adakah anda penggemar 'bubbletea'? Tidak lama lagi anda bukan hanya boleh meminumnya, anda juga boleh 'berkongsi' minuman itu secara maya dengan rakan dan keluarga.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda gemar 'bubbletea'? Kongsi minuman itu secara maya

Pratonton emoji 2020 yang baru. (Gambar: Apple)

Diterbitkan : 17 Jul 2020 08:07PM Dikemas Kini : 17 Jul 2020 08:11PM

AMERIKA SYARIKAT: Adakah anda penggemar 'bubbletea'? Tidak lama lagi anda bukan hanya boleh meminumnya, anda juga boleh 'berkongsi' minuman itu secara maya dengan rakan dan keluarga.

Ini kerana syarikat teknologi Apple baru sahaja mendedahkan ikon emoji 'bubbletea' untuk anda zahirkan rasa cinta anda kepada minuman popular itu di wadah-wadah komunikasi seperti WhatsApp.

Ikon itu adalah sebahagian daripada lebih 100 ikon emoji baru yang dilancarkan Apple sempena Hari Emoji yang jatuh pada 17 Julai.

Ini termasuk emoji bumerang, jari yang sedang mencubit, memerang, ibu bapa yang sedang menyusu anak, burung dodo, patung 'matryoshka' dan jantung.

Terdapat juga versi baru emoji-emoji sedia ada untuk melambangkan kerencaman jantina dan warna kulit.

Tambahan pada senarai itu adalah sebahagian daripada kemas kini Emoji Versi 13 yang akan dilancarkan dengan kemas kini iOS 14 hujung tahun ini nanti.

Namun, satu emoji yang anda tidak akan jumpa adalah lebih banyak pelitup muka. Ini meskipun hakikatnya pelitup muka adalah satu norma kehidupan sekarang.

Tiada versi baru pelitup muka selain yang ada sekarang.

Menurut Emojipedia, ini kerana ia mengambil masa dua tahun sebelum saranan emoji baru diadakan di telefon bimbit.

Buat masa ini, anda boleh mengemas kini Memoji dengan pelitup muka pelbagai warna hanya untuk digunakan bagi aplikasi mesej iOS.

Anda juga mempunyai pelbagai pilihan bagi sarung kepala (headgear) dan gaya rambut, termasuk emoji lelaki bertoncet atau 'man bun'.

Sumber : CNA/NK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan