Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda berani cuba? Taman permainan tergantung di Pusat Beli Belah City Square dibuka tidak lama lagi

Jika anda gemarkan tempat tinggi, memanjat dan tergantung dari ketinggian antara tiga dengan enam tingkat, taman permainan yang satu ini memang lain dari yang lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda berani cuba? Taman permainan tergantung di Pusat Beli Belah City Square dibuka tidak lama lagi

Taman Permainan baru Pusat Beli Belah City Square. (Gambar: Facebook/Airzone)

Diterbitkan : 23 Dec 2017 12:33AM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 12:34AM

SINGAPURA: Jika anda gemarkan tempat tinggi, memanjat dan tergantung dari ketinggian antara tiga dengan enam tingkat, taman permainan yang satu ini memang lain dari yang lain.

Sebuah taman permainan baru yang tergantung di udara di Pusat Beli Belah City Square ini terdiri daripada struktur jaring.

Ia boleh menampung 60 orang pada satu-satu masa, pengendalinya, Ultimate Entertainments Group memberitahu Mediacorp hari ini (22 Dis).

Daya tarikan baru yang luasnya setinggi enam "tingkat", menyediakan tempat yang menampung lebih 10,000 bola, gelongsor, laluan berselirat atau 'maze' di mana anda boleh merangkak dalam laluan atau cerun.

Selain itu terdapat pelbagai permainan dan zon kegiatan yang boleh digunakan bagi kelas-kelas kecerdasan dan trampolin.

Menurut Ultimate Entertainments Group, project Airzone atau zon udara di Pusat Beli Belah City Square itu adalah taman permainan jaring "pertama di dunia" yang dibina di dalam sesebuah pusat beli belah.

Taman permainan itu, yang akan dibuka pada suku pertama 2018, terdiri daripada kain-kain net atau jaring yang diletakkan di tempat tinggi bagi pertunjukan trapez dan sarkas, menurut syarikat itu lagi.

Menjawab pertanyaan Mediacorp tentang keselamatan struktur tersebut, syarikat itu menjelaskan bahawa struktur jaring yang dipasang sebenarnya "merupakan ciri-ciri keselamatan".

Penambat yang digunakan bagi taman permainan itu direka untuk mampu menampung berat sebuah kereta, tambah syarikat itu.

Maklumat mengenai tiket boleh diperolehi di laman Airzone, yang menyatakan berat badan bagi mereka yang ingin mencuba mestilah di bawah 120 kilogram.

Ultimate Entertainments Group menyatakan ia sedang bekerjasama dengan Xtrem Adventures Group, yang mereka dan memasang taman jaring di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, China, India dan Jerman.

"Terdapat lebih 100 taman berasaskan jaring keselamatan di merata dunia, dengan sebahagian besarnya terletak di Perancis atau Eropah," tambah Ultimate Entertainments Group, sambil menambah kebanyakannya bagi kegiatan luar.

Syarikat itu juga menyatakan daya tarikan itu akan "memanfaatkan ruang-ruang yang tidak terpakai antara aras di Pusat Beli Belah City Square".

Menurut syarikat itu harga dan tempoh bermain di taman permainan di Pusat Beli Belah City Square itu akan didedahkan tidak lama lagi.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan