Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anda ada anak patung yang sudah lusuh? Klinik ini dapat membantu

Seringkali anak-anak patung yang rosak atau sudah menjadi lusuh akan dibuang atau pun disimpan sahaja oleh pemiliknya jika ia ada nilai sentimental.

Anggaran Waktu Membaca:
Anda ada anak patung yang sudah lusuh? Klinik ini dapat membantu

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Nov 2020 08:22PM Dikemas Kini : 07 Nov 2020 08:30PM

TOKYO: Seringkali anak-anak patung yang rosak atau sudah menjadi lusuh akan dibuang atau pun disimpan sahaja oleh pemiliknya jika ia ada nilai sentimental.

Di Jepun, anak-anak patung yang sudah lusuh dibawa ke sebuah klinik untuk dibaiki atau diberi sentuhan segar.

Klinik Natsumi di Tokyo menawarkan khidmat pemulihan dengan 'pesakitnya' merupakan anak-anak patung dan boneka yang sudah kelihatan tidak lagi bermaya dek kerap dibelai dan dipeluk pemilik.

Ia menawarkan rawatan seperti "pembedahan mata", pemindahan rambut dan jahitan luka bagi 'pesakit' yang dibawa masuk, jelas pengasas klinik itu Natsumi Hakozaki.

Menurut Cik Hakozaki, beliau mula merawat anak-anak patung itu empat tahun lalu di kampung halamannya di bandar Sendai, setelah bekerja di sebuah kedai menjahit baju di mana pelanggannya seringkali bertanya jika beliau dapat membaiki anak-anak patung mereka juga.

"Para pelanggan mengganggap anak-anak patung ini sebagai anggota keluarga, pasangan atau rakan karib mereka, dan bukan sekadar objek. Sebaik sahaja anak-anak patung mereka dibaiki, ramai yang memeluk (anak-anak patung itu), atau menangis terharu," kata Cik Hakozaki.

(Gambar: AFP)

Pengalaman itu memberi inspirasi kepadanya untuk membuka sebuah kedai yang menawarkan rawatan khusus, dan setiap anak patung diberi rawatan berdasarkan keperluan.

Selain itu, klinik tersebut juga merakam setiap tahap rawatan dan memuat naik gambar yang dipetik online supaya pemiliknya dapat mengikuti perkembangan rawatan berkenaan.

Pengusaha berusia 34 tahun itu memindahkan perniagaannya ke Tokyo dua tahun lalu, dan kini membaiki 100 anak patung setiap bulan dengan bantuan lagi lima 'doktor'.

Malah, pelanggannya juga ada yang datang dari luar negara seperti Hong Kong, Taiwan, Perancis dan Britain, dengan ada yang perlu menunggu sehingga setahun bagi giliran mereka.

Permintaan terus datang mencurah walaupun harganya berkisar antara 10,000 hingga 500,000 yen (S$130-S$6,500) bergantung pada kecederaannya.

Tempoh masa yang diambil untuk membaiki anak patung ialah sekitar 10 hari dan laman klinik itu juga menampilkan gambar 'pesakit' yang sudah pulih yang dipetik bersama anak patung lain dalam sekitaran seperti 'sebuah pesta bagi meraikan detik ia dibenarkan pulang daripada menjalani rawatan'.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan