Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Anak perempuan 2 tahun nangis dapat tahu kasut Spider-Man hanya untuk kanak-kanak lelaki

Bagi seorang kanak-kanak perempuan, angan-angannya ‘musnah’

Anggaran Waktu Membaca:
Anak perempuan 2 tahun nangis dapat tahu kasut Spider-Man hanya untuk kanak-kanak lelaki

(Gambar: laman Target)

Diterbitkan : 09 Apr 2018 07:10PM Dikemas Kini : 09 Apr 2018 07:44PM

AMERIKA SYARIKAT: Sebagai kanak-kanak, ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti wira atau ‘superhero’ kegemaran mereka.

Namun, bagi seorang kanak-kanak perempuan, angan-angannya ‘musnah’. Ini kerana kasut Spider-Man yang diidam-idamkan di pasar raya Target Amerika Syarikat itu rupa-rupanya hanya untuk kanak-kanak lelaki.

Berkongsi kisah tersebut di laman Twitter, bapa budak perempuan itu, Qasim Rachid menjelaskan betapa kecewanya anak beliau apabila mendapat tahu tentang kasut itu. Malah Encik Qasim juga meluahkan kekecewaannya berhubung perkara itu.

Bapa tiga orang anak itu berkata anak perempuannya menangis semasa berada di kedai yang terletak di Virginia. Anak perempuannya mula bergaduh dengan abangnya gara-gara cemburu dengan kasut Spider-Man yang diperolehi abangnya, lapor laman Independent.

“Hey @Target saya membelikan kasut Spider-Man untuk anak lelaki saya yang berusia empat tahun dan sekarang adik perempuannya yang berusia dua tahun juga mahukan kasut Spider-Man,” kata Encik Qasim, yang juga seorang penulis dan peguam.

“Namun anda tidak menjual kasut Spider-Man yang muat untuk kanak-kanak perempuan berusia dua tahun. Walaupun saya cuba mencarinya. Hanya ada untuk kanak-kanak lelaki. Sekarang anak perempuan saya menangis. Ini agak menyedihkan,” tambah Encik Qasim di laman Twitter.

Semua kasut Spider-man yang dijual di pasar raya itu disifatkan sebagai kasut “untuk kanak-kanak lelaki”, lapor laman Indpendent.

Meskipun sebahagian orang mungkin berpandangan bahawa label kasut itu tidak menjadi masalah, sebahagian yang lain pula menegaskan bahawa tidak adil jika kanak-kanak perempuan ‘terpaksa’ berasa produk bertemakan wira direka hanya untuk kanak-kanak lelaki.

“Saya rasa kita sudah menjangkaui zaman moden di mana pakaian dan kasut adalah berdasarkan saiz dan bukan jantina,” menurut seorang warga siber di laman Twitter. “Tiada orang patut melepaskan peluang memiliki sepatu Spider-Man.”

Encik Qasim turut memuat naik rakaman video di laman Twitter, menunjukkan anak perempuannya memakai kasut Spider-Man abangnya.

“Kasut @Target ini mungkin kecil, tetapi saya sudah berjanji kepada anak perempuan saya sama seperti apa yang saya janjikan kepada anak lelaki saya – dan saya perlu menunaikan janji,” menurut Encik Qasim seperti yang ditukil laman Independent.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan