Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Ambil inspirasi tempe, pembuat jam tangan Indonesia beralih ke 'kulit cendawan'

Sebuah syarikat pembuat jam tangan di Bandung, Indonesia berpendapat langkah seterusnya dalam kelestarian adalah tali jam tangan yang diperbuat daripada struktur rumit kulat atau cendawan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ambil inspirasi tempe, pembuat jam tangan Indonesia beralih ke 'kulit cendawan'

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 01 Nov 2019 11:43AM Dikemas Kini : 01 Nov 2019 11:46AM

BANDUNG: Sebuah syarikat pembuat jam tangan di Bandung, Indonesia berpendapat langkah seterusnya dalam kelestarian adalah tali jam tangan yang diperbuat daripada struktur rumit kulat atau cendawan.

Bahan kulit mycelium itu sangat berserat dan kuat namun masih boleh dibentuk dan kalis air. Kewujudannya telah diangkat sebagai pilihan yang mesra alam sekitar, sekali gus alternatif mesra alam sekitar bagi produk sintetik atau kulit haiwan.

Ketua penyelidik di Mycotech, Encik Erlambang Ajidarma berkata syarikatnya yang membekalkan bahan kulit mycelium untuk menghasilkan tali jam itu, bertungkus-lumus menghasilkan serat yang mengambil inspirasi daripada pembuatan tempe, dengan memeram bijian soya dengan unsur kulat.

"Akhirnya kami menemui sejenis cendawan dengan unsur mycelium yang boleh digunakan sebagai bahan perekat,” ujar Enck Erlambang yang sudah menguji pelbagai jenis cendawan sejak tahun 2016.

Kini, syarikat itu membiakkan kulat dari serbuk kayu sebelum menuainya. Ia kemudian dikeringkan dan dikerat kepada saiz berbeza mengikut kegunaan.

Proses itu sangat rumit, iaitu mengambil tempoh selama tiga minggu hanya untuk mendapatkan bahan berukuran 10 meter persegi.

Encik Erlambang berpendapat itu sangat berbaloi. Penghasilan kulit mycelium melibatkan kos yang kurang berbanding kulit sintetik yang berasas petroleum, selain tidak membebaskan terlalu banyak karbon dioksida sepanjang prosesnya berbanding industri kulit haiwan.

Pasukan Mycotech juga menggunakan pewarna yang diambil daripada daun, akar dan sisa makanan. Kulit mycelium menyerap warna lebih pantas berbanding kulit haiwan.

Syarikat pembuat jam tangan Pala Nusantara memotong dan menjahit kulit itu menjadi tali jam yang disambung dengan pemuka jam yang menggunakan kerangka kayu.

Menurut Pengarah Urusan Pala Nusantara, Encik Andang Maulana Syamsuri, jam tangan yang berharga antara 900,000 hingga 1.3 juta Rupiah (S$87 hingga RM126) itu kebanyakannya dijual di dalam talian.

Sumber : Reuters/EM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan